DRB-Hicom dan Proton derma kenderaan pada Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
DRB-Hicom Berhad dan Proton menunaikan tanggung-jawab sosialnya dengan menderma dua buah kenderaan kepada Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia. Pusat jagaan khusus untuk mereka yang tua, sakit tenat, cacat anggota, tiada rumah dan mualaf terpinggir itu terletak di Kampung Sungai Sikamat, kajang dan sekarang ini ia mempunyai seramai 70 orang penghuni, rata-rata berusia dari 20 hingga 92 tahun. Lebih dua pertiga berumur di atas 50 tahun. proton-drb-pusat-penjagaan-al-fikrah-8 Kumpulan DRB-Hicom berharap agar sumbangan kedua kenderaan tersebut, sebuah Proton Exora dan sebuah trak pikap Tata Xenon itu akan membantu meringankan beban Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia dengan membantu pusat tersebut menghantar pesakit ke hospital dan keperluan logistiknya. Pusat Jagaan Al-Fikrah diwakili oleh pengerusinya, Azmi Mohd Zain dan DRB-Hicom diwakili oleh Datuk Mohd Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton dan Shamsuddin Ishak, Ketua Operasi Jualan, DHCV (Tata). Careta sempat meluang masa selama dua jam tadi di pusat tersebut. Nyata penghuni pusat jagaan tersebut dambakan persahabatan, dan masing-masing mempunyai jalan cerita kehidupan mereka. Semoga Allah permudahkan urusan pusat jagaan tersebut. [gallery size="medium" ids="21977,21978,21979,21980,21981,21982,21983,21984,21985,21986,21987,21988,21989,21990,21991,21992,21993,21994,21995,21996,21997,21998,21999,22000,22001,22002,22003,22004,22005,22006,22007,22008,22009,22010,22011"]