Proton Iriz diiktiraf kereta harga rendah terbaik

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Proton Iriz telah dipilih sebagai “Budget Car of The Year 2016” iaitu yang terbaik bagi segmen kereta harga rendah, pada anugerah ASEAN Car of the Year 2016 (ACOTY). Iriz yang dilancarkan 2 tahun lalu telah dimuatkan pelbagai ciri untuk memberikan nilai yang lebih baik dan anugerah ASEAN ini merupakan pengiktirafan kepada usaha Proton ini. Diperkenalkan pada September 2014, Iriz merupakan penyertaan proton dalam segmen kereta kompak. Model ini mendapat penarafan 5-bintang daripada ASEAN NCAP dari segi keselamatan dan ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif yang ada dalam semua varian termasuk kawalan kestabilan elektronik (ESC) dengan kawalan cengkaman, sistem brek anti-kunci (ABS) dengan kuasa-brek Elektronik (EBD), bantuan brek, bantuan kawalan cerun (HHA) dan sistem peringatan pemakaian tali pinggang (SBR). proton-iriz-green PROTON juga merupakan satu-satunya syarikat permotoran di Asia Tenggara yang menggunapakai teknologi Jerman yang dipanggil, Hot Press Forming (HPF) untuk melengkapkan ciri-ciri keselamatan yang ada padanya. Struktur HPF boleh mencapai sehingga 5 kali lebih kekuatan dari logam biasa. "Proses ini menyediakan struktur badan yang lebih kukuh dan yang lebih penting, menguatkan kabin penumpang untuk perlindungan yang lebih baik," kata Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato' Ahmad Fuaad Kenali. Proton Iriz dikuasakan dengan enjin VVT empat silinder dengan lima pilihan kelajuan, sama ada kotak gear manual atau transmisi CVT. Varian 1.3 liter didatangkan dalam pilihan Standard dan Executive, manakala 1.6 liter mempunyai pilihan Executive dan Premium, berharga dari RM41,520 ke RM62,030. Bagi bulan Disember ini, PROTON menawarkan rebat antara RM2,200 hingga RM4,000 dan juga perkhidmatan percuma 2 tahun atau 40,000km, yang mana yang terdahulu untuk semua varian.