Ravindran kini terajui UMW Toyota

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMW Toyota Motor) mengumumkan pelantikan Encik Ravindran Kurusamy sebagai Presiden baru UMW Toyota Motor Sdn. Bhd., Beliau mengambil alih tampuk kepimpinan UMW Toyota dari Datuk Ismet Suki yang tamat tempoh perkhidmatannya selepas 26 tahun bersama dengan syarikat itu. Pengerusi Kumpulan UMW Holdings Berhad dan Pengerusi UMW Toyota Motor, Tan Sri Asmat Kamaludin berkata: "En Ravindran telah berkhidmat dengan syarikat ini selama 26 tahun dan dalam masa itu, beliau telah memegang jawatan dalam pelbagai bahagian yang berbeza. Ini telah memberikannya pengalaman mendalam berkaitan operasi syarikat dan juga hubungannya dengan rakan kongsi usaha sama kami, Toyota Motor Corporation. Saya yakin bahawa beliau mempunyai pengetahuan dan keupayaan untuk memimpin UMW Toyota Motor di masa akan datang. " Pelantikan ini berkuat kuasa dari 1 Januari 2017, bilamana Ravindran akan beralih dari jawatannya sekarang sebagai Pengarah Eksekutif yang bertanggungjawab bagi Lepasjualan, Pembelian, Jaminan Kualiti dan Hartanah. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pentadbiran Perniagaan dengan pengkhususan dalam Kewangan dan mendapat MBA dari Amerika Syarikat pada tahun 1988. Ravindran berkata: "Saya bangga kerana telah dilantik sebagai Presiden UMW Toyota Motor dan saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Ismet Suki kerana telah membawa syarikat ke tahap sekarang ini," sebagai menghargai sumbangan yang telah dibuat oleh Ismet.