Citroen C3 WRC sudah sedia untuk berlumba

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Kereta yang berupa ganas ini ialah jentera rali Citroen bagi tahun 2017. Model C3 WRC ini akan dipandu oleh pasangan pelumba antarabangsa Kris Meeke/Paul Nagle, Craig Breen/Scott Martin, Stéphane Lefebvre/Gabin Moreau dan Sheikh Khalid Al Qassimi/Chris Patterson. citroen-c3-wrc-unveiled-8 Citroen atau nama rasminya Citroen Total Abu Dhabi WRT mahu mengekalkan kemenangan 96 acara rali dan mahkota kejuaraan pengeluar sebanyak 8 kali dalam sejarah kejuaraan rali dunia. Acara pertama bakal berlangsung di Monte Carlo pada bulan Januari dan di sana jentera C3 WRC terbaharu ini diharap akan dapat menunjukkan semua pembaikan dari segi teknologi, ciri-ciri aerodinamik dan tahap efisyennya di mata dunia. citroen-c3-wrc-unveiled-11 Prestasi aerodinamiknya telah diperbaiki untuk membasmi kecenderungan understeer dan menambah tenaga downforce. Bumper depan dan belakang ditambah dengan splitter dan winglet untuk tujuan ini. Lubang udara dibahagian tepi ditambah bagi mengalirkan udara sejuk ke sistem brek. Di bahagian depan, udara panas pula disalurkan ke bawah kereta. citroen-c3-wrc-unveiled-5 Bumper belakang dibentuk khusus bagi memercikkan batu kecil, pasir dan salji keluar dari bahagian-bahagian belakang kereta untuk memantapkan tahap pengendalian. Prestasi C3 WRC ini amat menakjubkan. Ia mempunyai nisbah berat/kuasa 3.1 kg/bhp, iaitu merupakan pembaikan besar berbanding dengan jentera rali sebelumnya. citroen-c3-wrc-unveiled-10 citroen-c3-wrc-unveiled-9 Kuasa kuda keseluruhan ialah 380 bhp dan tenaga tork sebanyak 400 Nm (pada tekanan turbo pada paras 2.5 bar). Berat kereta ialah 1190 kg. Dengan penambahan ciri bahagian-bahagian aerodinamik, C3 WRC mempunyai kelebaran sama seperti Audi A6.