Fokus pada skil pemanduan; bukan kuasa kereta!

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Baru-baru ini seorang rakan wanita bertanyakan kepada saya adakah Subaru Impreza WRX STI tahun 2007 ialah satu pembelian bijak sebagai kereta sport pertamanya. Lebih dikenali sebagai Version 9 STI, Impreza tersebut ialah satu ikon jentera rally Jepun yang mempunyai enjin 2.0-liter turbo Boxer, mampu menghasilkan kuasa kuda setinggi 300 hp dan kadar tork pada 400 Nm yang disalurkan ke empat-empat roda melalui transmisi manual 6-kelajuan. Dalam erti kata lain, ia adalah sebuah kenderaan yang mantap untuk dibelasah di jalan-jalan lazim peminat kereta pada hari Ahad - samada kering atau hujan. Namun begitu, setelah saya bertanyakan kepada beberapa orang pemandu yang jauh lebih berpengalaman, jawapan saya kepada rakan saya tadi ialah "tidak - haram tidak". [caption id="attachment_21950" align="aligncenter" width="620"]Subaru Impreza WRX STI Version 9 Subaru Impreza WRX STI Version 9[/caption] Rakan saya itu memang mempunyai sedikit kecenderungan kepada kereta berprestasi tinggi tetapi tidak begitu berpengalaman dalam dinamik pengendalian kenderaan. Kenderaan harian beliau pula ialah sebuah Perodua Myvi (sebuah kereta yang sempurna untuk pemanduan harian kerana saya sendiri memiliki sebuah Myvi) dan beliau juga jarang memandu laju. Alasan beliau sebenarnya boleh diterima akal - beliau mahukan sebuah kenderaan dengan transmisi manual yang seronok dan laju untuk dipandu pada hujung minggu. Sayangnya, Subaru Impreza WRX Version 9 STI ini mempunyai prestasi yang jauh lebih tinggi dari apa yang diimpikan sahabat saya itu. Yang merungsingkan saya ialah apa akan terjadi bila kenderaan itu dipandu laju dan tiba-tiba kereta itu bertindak di luar jangkaan beliau? Mampukah untuk beliau mengawal kenderaan tersebut? Mungkin ada di antara anda berkata kita boleh belajar untuk memandu kenderaan seperti Version 9 STI itu. Benar tetapi cuba duduk dan fikirkan - berapa ramai di kalangan kita sebenarnya yang benar-benar mahu belajar cara yang betul untuk memandu kenderaan berprestasi tinggi kita itu? mazda-cx3-careta Dengan kehadiran pelbagai kenderaan berprestasi moden sekarang ini, ditambah dengan pasaran barangan “aftermarket” untuk modifikasi yang melambak di pasaran, ramai di antara pemandu-pemandu yang lebih suka melakukan pengubah-suaian kepada kenderaan mereka dari meneliti kelemahan cara pemanduan. Kereta tak cukup laju? Buat ‘remapping” agar kuasa enjin ditingkatkan. Rakan anda mengambil selekoh dengan lebih pantas? Beli tayar termahal yang lebih mencengkam. Benar, ia antara cara termudah untuk pergi lebih laju tetapi tidak semestinya itu cara yang paling tepat. Sebagai seorang pemandu, mempunyai kelebihan dari segi tenaga jentera sebenarnya lebih memudaratkan perkembangan skil mereka. Bila perlahan di selekoh, mereka menggunakan kelebihan tenaga pada enjin untuk menggantikan masa yang terbuang tadi. Anda sebenarnya tidak perlu memaksa kenderaan anda sehingga ke tahap maksimum hanya untuk mencapai kelajuan yang menyeronokan. starlet-kambing-careta Pasti anda pernah mendengar cerita mengenai bagaimana sebuah Proton Saga LMST mampu mengalahkan sebuah Honda Civic Type R ketika mendaki laluan Genting Highlands. Atau sebuah Volkswagen Golf TSI yang mengecewakan sekumpulan pemandu Porsche 911s kerana tidak dapat lari dari Golf “pasar” itu ketika bermain di Ulu Yam. Apa yang  sebenarnya terjadi ialah pemandu Saga dan Golf itu telah menghabiskan banyak masa untuk belajar karektor kenderaan mereka dan tidak hanya terus melakukan modifikasi membabi-buta, atau terus membeli kenderaan yang lebih berkuasa untuk menutup kelemahan skil pemanduan mereka. Atas dasar itulah sering disarankan seseorang bermula dari sebuah kenderaan yang kurang berkuasa. Ia bukan bermaksud anda sepatutnya membeli sebuah kereta buruk, tetapi sebuah kenderaan yang membolehkan anda memerah segala kuasa kuda yang ada dan membenarkan anda mengawal kenderaan itu selaju yang mungkin pada selekoh-selekoh. Anda akan belajar lebih banyak mengenai dinamik kawalan kenderaan jika anda memandu kenderaan-kenderaan begitu. Untuk yang rasa ia mampu mengawal kenderaan yang tiada brek ABS, mungkin sebuah Proton Satria atau Wira berenjin 1.5L sudah cukup. Untuk yang mahukan ABS, cuba Suzuki Swift Sport atau Proton Suprima S. Malah, Proton Iriz juga sudah cukup mengujakan jika kita tahu mengawal dinamiknya. Apa yang anda pelajari di jalanraya mestilah disokong oleh program-program latihan pemanduan lanjutan (advanced driver training) atau dengan menyertai acara-acara autocross atau “track day” di litar. Di dalam aktiviti-aktiviti tersebut, setiap kesilapan kecil atau besar yang anda lakukan boleh diperbetulkan oleh jurulatih-jurulatih yang berpengalaman. [caption id="attachment_21953" align="aligncenter" width="953"]renault-track-day-careta Antara aktiviti kelab ialah mengajar ahlinya memandu di litar.[/caption] Anda juga akan berjumpa pemandu-pemandu lain yang lebih pantas dari anda walaupun mereka memandu kenderaan yang kurang bertenaga.  Jangan terus terduduk dan termenung serta mengalirkan air mata.  Jadikan ia sumber inspirasi dan insentif untuk memperbaiki mutu pemanduan anda kerana ternyata mereka mempunyai skil pemanduan yang lebih tinggi - dan anda boleh mencapat tahap mereka dengan lebih latihan. Bila akhirnya jurulatih anda berkata tidak boleh mampu pergi lebih pantas kerana sudah terbatas dengan had teknikal kenderaan anda, maka barulah dicari sebuah kenderaan lain yang lebih berkuasa dan lebih “lekat” di jalanan. Berbalik kepada rakan saya tadi, selepas puas saya memujuk dan memberi penerangan, beliau akhirnya membuat keputusan untuk membeli samada sebuah Mazda MX-5 atau sebuah Toyota GT-86. Kedua-duanya adalah pilihan yang lebih sesuai untuk beliau kerana kedua kenderaan tersebut menggunakan enjin biasa tanpa pengecas turbo yang dipadankan dengan casis yang lincah - membolehkan seorang pemandu itu mencapai keseronokan tanpa menanggung risiko memandu terlalu laju sehingga hilang kawalan. gt86-brz-careta Keduanya juga mempunyai sifat yang lebih “memaafkan” sekiranya pemandu melakukan kesilapan ketika memandu. Secara ringkas, tidak kira betapa baik skil pemanduan anda, akan tetap ada sesuatu yang baharu untuk anda pelajari. Baiki teknik pengawalan kenderaan sebelum anda menggunakan jalan mudah dengan mencari kenderaan yang lebih berkuasa. Keseronokan memandu ialah bila anda mampu mengawal kenderaan anda sehingga tahap maksimumnya. Tidak ada guna jika anda ada kenderaan yang berprestasi tinggi tetapi hanya menggunakan 50 peratus dari kebolehan kenderaan itu. * Artikel ini diadaptasi dari artikel “Trying to Run Before You Can Walk: Buying Your First ‘Fun’ Car” yang ditulis oleh Aswan Yap, anak kepada Pengarang Sumbangan Careta, Chips Yap. Artikel asal boleh dibaca di pautan ini. Terima kasih kepada Live Life Drive kerana memberi kebenaran untuk Careta menerbitkan kembali artikel ini di dalam Bahasa Malaysia.