Jualan November meningkat 2.5 peratus

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Jualan kenderaan untuk bulan November 2016 nampaknya menunjukan peningkatan 2.5 peratus berbanding dengan bulan Oktober. Sebanyak 49,085 unit kenderaan didaftarkan di dalam bulan November, iaitu 1,206 unit lebih tinggi dari bulan sebelumnya. Walaubagaimanapun, jualan sebenarnya menurun 12.5 peratus atau 6,983 unit lebih rendah dari bulan November tahun lalu. Untuk jualan November 2016, Perodua sekali lagi menjadi juara walaupun prestasinya menurun 4.3 peratus berbanding dengan bulan Oktober - 700 unit lebih rendah, iaitu 15,448 unit. Di tempat kedua ialah Honda Malaysia yang mencatat kenaikan sebanyak 8.5 peratus (699 unit) kepada 8,903 unit kenderaan. Proton turut mengalami penurunan jualan sebanyak 4.0 peratus atau 304 unit lebih rendah pada 7,336 unit. [caption id="attachment_21932" align="aligncenter" width="620"]2015-toyota-vios-1 Peningkatan spesifikasi dan promosi berlarutan dari Toyota akhirnya menarik minat ramai untuk kembali melihat tawaran dari jenama ini.[/caption] Di tempat keempat ialah Toyota pada 6,390 unit, iaitu kenaikan berbanding bulan lalu pada kadar 16.2 peratus atau 890 unit. Nissan sebenarnya melihat prestasi kenaikan yang terbaik pada kadar 24.3 peratus dengan jumlah jualan November pada 3,050 unit. Untuk pasaran premium, Mercedes-Benz masih mengekalkan tahap peningkatan pada 5.9 peratus dan BMW pula pada 8.1 peratus.  Mercedes-Benz masih mendahului BMW dengan jualan sebanyak 996 unit kenderaan untuk November berbanding dengan BMW pada 930 unit. Menurut Malaysia Automotive Association (MAA), jumlah jualan Disember dijangka meningkat kerana promosi dan tawaran oleh syarikat kenderaan sempena hujung tahun. [caption id="attachment_3600" align="aligncenter" width="620"]Pelancaran barisan SUV oleh Mercedes-Benz nyata membantu jualan jenama Jerman itu. Pelancaran barisan SUV oleh Mercedes-Benz nyata membantu jualan jenama Jerman itu.[/caption] Namun begitu, Careta yakin bahawa prestasi jualan tahunan untuk 2016 akan menunjukan penurunan ketara dalam 14 peratus atau lebih berbanding dengan jualan bulan Disember. Ini disokong oleh jualan kenderaan dari Januari ke November 2016 yang menunjukan penurunan sebanyak 13.7 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu. Kelemahan Ringgit dan juga sentimen pasaran yang sedang takut dengan kegawatan ekonomi akan menjadi punca utama kelemahan jualan. Apapun, sekiranya Thailand dan Indonesia pernah menunjukan penurunan dalam jualan tahun lalu, keduanya menunjukan peningkatan untuk tahun 2016. Tidak mustahil sekiranya Malaysia turut mencatat kenaikan untuk tahun hadapan walaupun agak sukar tanpa pengukuhan matawang Ringgit. Di bawah ialah 10 tempat teratas jualan kenderaan Malaysia untuk bulan November 2016
  1. Perodua (15,488 unit) - penurunan berbanding Oktober
  2. Honda Malaysia (8,903 unit) - peningkatan berbanding Oktober
  3. Proton (7,336 unit) - penurunan berbanding Oktober
  4. Toyota (6,390 unit) - peningkatan berbanding Oktober
  5. Nissan (3,050 unit) - peningkatan berbanding Oktober
  6. Isuzu (1,063 unit) - peningkatan berbanding Oktober
  7. Mercedes-Benz (996 unit) - peningkatan berbanding Oktober
  8. BMW (930 unit) - peningkatan berbanding Oktober
  9. Mazda (802 unit) - penurunan berbanding Oktober
  10. Mitsubishi (624 unit) - penurunan berbanding Oktober
* Data jualan dari Malaysia Automotive Association dan Paul Tan. org