Passat baharu dengan dua enjin lebih berkuasa

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Volkswagen bakal melancarkan model baharu Passat pada 16 November ini dengan tiga varian dan dua jenis enjin bermula dari 178hp sehingga 218hp yang dibuat di Pekan, Pahang. Passat baharu telah diperkenalkan kepada kami dengan dua varian, Trendline dan Comfortline untuk enjin 1.8 liter turbo dan satu varian, Highline untuk enjin 2.0 liter turbo. Baca seterusnya untuk penerangan setiap varian Passat baharu ini secara ringkas sebelum kami memberikan laporan pandu uji tidak lama lagi. Passat Trendline:
  • Enjin: 1.8 liter turbo 178hp dan 250Nm tork (peningkatan 20hp dari Passat 1.8 liter turbo sebelumnya)
  • Transmisi: 7-kelajuan DSG klac kering (dry clutch)
  • Rim: 16 inchi
Passat Comfortline:
  • Enjin: 1.8 liter turbo 178hp dan 250Nm tork (peningkatan 20hp dari Passat 1.8 liter turbo sebelumnya)
  • Transmisi: 7-kelajuan DSG klac kering (dry clutch)
  • Rim: 17 inchi
  • Lampu LED untuk lampu pemanduan siang dan lampu utama
Passat Highline:
  • Enjin: 2.0 liter turbo 218hp dan 350Nm tork (beberapa kuasa kuda melebihi dari Volkswagen Golf GTi)
  • Transmisi: 6-kelajuan DSG klac basah (wet clutch), kotak gear yang sama dengan yang digunakan pada Volkwagen Golf GTI tetapi dengan nisbah gear yang disesuaikan untuknya
  • Rim: 18 inchi
  • Lampu LED untuk lampu pemanduan siang dan lampu utama
img-20161102-wa0002 img-20161102-wa0003 img-20161102-wa0001 img-20161102-wa0005 img-20161102-wa0006 img-20161102-wa0009