Hyundai Elantra Sport Yang Menawan

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nampaknya dengan setiap keluaran baharu Hyundai, ciri rekabentuk barisan modelnya makin berkelihatan kontemporari dan mewah, seakan-akan kereta keluaran pembuat Eropah. Model Elantra Sport ini menjadi bukti kemajuan Hyundai dari segi kejuteraan dan ciri rekaan yang memang amat menawan. dsc-4721-1 dsc-4942-1 Bahkan kemajuan yang ada pada Elantra terbaharu ini bukan sahaja terdapat pada bahagian luar pada jentera enjin yang dilengkapkan. Elantra Sport dijana oleh enjin 1.6-liter turbo berkuasa 201bhp, dihubung pada kotak gear manual 6-kelajuan atau automatik dwi klac 7-kelajuan. dsc-4001-1 Untuk memberi tahap pengendalian dan pemanduan yang mantap, sistem suspensinya ditukar baharu, menggantikan jenis torsion-beam gandar belakang dengan sistem pelbagai rangkaian bebas penuh (fully independent multi-link), lengkap dengan sistem brek, tayar dan roda yang bersaiz besar. Kelengkapan tambahan lain, seperti tempat duduk sports dan roda stereng bawahnya rata memenuhi penampilan lasak pada model Sports ini. Varian terbaik Limited yang dipasarkan di Amerika Syarikat datang dengan kotak gear manual, lampu HID, fungsi masuk dan hidup enjin tanpa kunci, juga skrin sentuh 7-inci lengkap dengan Apple CarPlay dan Android Auto. dsc-4023-1 dsc-4047-1 Opsyen yang terdapat pada manual dan padel anjakan DCT menambah skrin sentuh 8-inci, sistem pemandu arah, sistem bunyi jenama Infinity, siaran hubungan Hyundai Blue Link, bumbung cahaya (sunroof), pemantauan titik buta, amaran silang trafik, pengawal suhu iklim dwi automatik dengan fungsi nyah kabus automatik, dan cermin pandang belakang malap automatik serta HomeLink dan kompas. dsc-4049-1 dsc-4020-1 Masih awal untuk menjangkakan kemunculannya di negara kita, tetapi jika anda berminat untuk melihat Elantra Sport ini masuk ke pasaran Malaysia, sila tinggalkan komen dibawah.