Tiga pakej pembelian untuk Haval M4

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Tiga pilihan menarik. Tiga insentif pembelian. Satu SUV kompak yang bergaya kontemporari. dsc_6284 Haval M4. Inilah masanya untuk memandu SUV kompak berkualiti premium pada harga mampu milik. advertorial-a4 Go Auto Sales sekarang menawarkan tiga insentif menarik bagi pembelian ketiga-tiga varian Haval M4. Jika anda membuat pembelian pada varian Comfort, Premium atau Elite, anda akan mendapat memilih antara 3 insentif pembelian secara percuma. dsc_6696 Dengan setiap pembelian Haval M4, anda boleh memilih 5 tahun servis percuma (upah dan alat ganti), atau 1 tahun insuran percuma serta 3 bulan ansuran percuma, atau naik taraf ke varian Premium (dengan pembelian varian Comfort). flyers_april_2016_front_v2 Tak kira mana satu yang anda pilih, setiap pilihan pasti akan memberikan penjimatan besar pada pembelian anda! Haval M4 menampilkan rupa profil moden dan sporty yang pasti akan menarik perhatian sesiapa yang memandangnya. maxresdefault Ia mempunyai wajah yang menggambarkan personaliti garang dan tangkas, setanding dengan SUV kompak buatan Eropah. dsc_6504 Gril depan heksagon baharu adalah jenis ‘sarang lebah’ yang sesuai dengan gaya keseluruhan SUV kompak bermutu tinggi. Varian M4 Elite terutamanya menampilkan hiasan luaran premium, dilengkapkan dengan lampu utama projektor halogen baharu serta lampu posisi dan lampu nyalaan siang jenis LED. Jika dilihat dari tepi, bentuk profilnya yang kontemporari dengan gaya SUV buatan Eropah menyembunyikan saiz keseluruhan yang amat luas. Gaya moden bentuk badan Haval M4 sangat sesuai bila dipadankan dengan rim aloi pelbagai-jejari 16-inci dengan tayar bersaiz profil rendah 205/60R16. dsc_6519 Ruang dalamannya pula menampilkan gaya premium yang biasa dilihat pada kenderaan yang jauh lebih mahal. Warna kabin yang gelap memberikan suasana ruang kereta eksekutif. Mata yang memandang akan hanya terlihat permukaan bermutu tinggi berbalut kulit dan pada varian Elite, terdapat jahitan merah pada tempat duduk yang memberikan rupa sporty eksklusif. Bukan setakat hiasan, kabin Haval M4 juga serba lengkap dengan kemudahan moden. Ia boleh dilengkapkan dengan perakam video yang terletak di bawah cermin pandang belakang, sistem navigasi bersama skrin sesentuh dengan pemain DVD dan sambungan Bluetooth, paparan pandangan-sekeliling (AVM), konsol tengah, pembaca SmartTag dan butang kawalan audio pada roda stereng. dsc_6726 Terdapat tiga varian, Comfort, Premium dan Elite, ketiga-tiganya dijanakan oleh enjin 1.5-liter VVT MPI 4-silinder yang berkuasa 105hp pada 6000rpm dan tenaga tork 138Nm pada 4200rpm yang bukan sahaja cukup berprestasi tetapi menjimatkan penggunaan bahan api. Varian Comfort dan Premium ditawarkan dengan transmisi manual 5-kelajuan dan AMT 6-kelajuan, manakala M4 Elite diitawarkan bagi transmisi automatik AMT 6-kelajuan sahaja. Varian M4 Elite dilengkapi dengan dua beg udara, ABS dengan EBD dan bantuan brek, ESP, kawalan cengkaman, Battery Alert System dan Bantuan Mula Mendaki. dsc_6586 Terdapat 6 pilihan warna iaitu merah, oren, hitam, putih, biru dan kelabu. Harga (tanpa insurans) ialah RM52,688 (Comfort MT), RM59,519 (Premium MT), RM59,697.69 (Comfort AT) dan RM65,532.33 (Premium AT). Harga bagi varian M4 Elite (atas jalan tanpa insurans) yang ditawarkan ialah RM72,339.41.