Mercedes uji A Class dengan gaya lebih ganas

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Mercedes Benz nampaknya sedang menguji sebuah model yang lebih ganas dari A45 AMG seperti yang ditunjukkan pada gambar risikan oleh Autoblog. Dengan mempunyai trek roda dan fender yang lebih lebar, ia menunjukkan Mercedes Benz berkemungkinan sedang membuat  model ganas Black Series bagi model A-Class mereka. Walaupun Pengerusi AMG Tobias Moers mengatakan beliau tidak berminat untuk membuat mana-mana model Black Series buat masa sekarang, dengan gambar risikan yang menunjukkan rekabentuk A-Class tetapi lebih ganas dari A45 AMG, mungkin merujuk kepada model seperti Black Series tetapi dengan menggunakan nama lain. Apa yang pasti, Mercedes Benz memang sedang menguji sebuah model yang gaya rekabentuknya lebih ganas dari A45 AMG sedia ada dan menggunakan enjin dengan kuasa kuda lebih besar. mercedes-a45-amg-s-5-1 mercedes-a45-amg-s-3-1