Pasukan Malaysia menang Country Champion di Asia Lexus Cup 2016

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Pasukan Malaysia sekali lagi memenangi Country Champion Asia Lexus Cup Tournament 2016 di mana pemilik kereta Lexus di Malaysia berjaya mengalahkan pasukan lain di negara-negara Asia Pasifik.

Pertandingan yang diadakan di Da Nang, Vietnam bermula dari 10 hingga 11 Oktober yang lepas, acara yang dianjurkan oleh Lexus Asia Pacific Division dan pengedar-pengedar di rantau Asia Pasifik sejak 2012, menyaksikan sejumlah 57 pemain golf dari lapan buah negara untuk bertemu di padang golf Montgomerie Links, Da Nang.

Pasukan golf yang datang dari Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Vietnam sebelum ini menjadi pasukan pemenang di dalam kejohanan golf anjuran Lexus di negara masing-masing.

Kejohanan pada tahun ini telah diadakan di dalam keadaan cuaca yang mencabar disebabkan hujan dan melambatkan permainan pada hari kedua. Cabaran baru pada tahun ini adalah pertandingan Speed Competition yang dimenangi oleh pasukan dari Taiwan. Pemain dari Filipina, Taiwan dan Thailand merupakan pasukan dominan di dalam pertandingan ini dengan membawa balik tujuh daripada 16 anugerah. Untuk tahun kedua pasukan Malaysia yang terdiri daripada Tham Kim Seng, Tan Yeow Kwang, Chai Koon Khow dan oh Chee Leong berjaya memenangi Country Champion.

Ada juga anugerah khas untuk Best Dressed Golfers yang dimenangi oleh tiga pemain dari Korea Selatan, Taiwan dan Vietnam.

Empat pemain golf dari Ladies Professional Golf Association (LPGA), Beatriz Recari dan Azahara Munoz dari Sepanyol serta Jessica Korda dan Allison Lee dari Amerika Syarikat turut hadir untuk majlis itu bagi menunjukkan kepandaian bermaain golf bagi meningkatkan mutu perlawanan mereka.

"Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana membawa pulang Country Champion untuk Asia Lexus Cup Golf Tournament 2016. Jelas sekali, empat anggota pemain menunjukkan kemahiran yang tinggi secara konsisten untuk mengumpul jumlah markah tertinggi di kalangan pemain-pemain negara lain yang mengambil bahagian", kata Akio Takeyama, Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor Sdn Bhd.

Bagi pemilik Lexus yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan aktiviti-aktiviti Lexus di Malaysia boleh melawat www.lexus.com.my atau bertanya di mana-mana Lexus Centres di Lembah Kelang, Pulau Pinang, Ipoh, Melaka, Johor Bahru dan Kuching.