"Spy shot" Kia Picanto 2017

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kia Picanto baharu bakal dikeluarkan pada awal 2017 dengan rupa dan pelbagai kelengkapan baharu. Picanto generasi ketiga bakal menjanjikan lebih ruang berbanding Picanto sedia ada tetapi masih memberikan rupa yang sporty dengan lampu hadapan LED.

Mengikut gambar "spy shot" yang diambil semasa Picanto baharu diuji ddalam ujian musim sejuk, saiz badannya menunjukkan ia lebih panjang dan lebar untuk memberikan lebih ruang penumpang dan barangan. Gambar pada bahagian dalaman pula menunjukkan bahan yang digunakan di bahagian dalaman juga telah dinaiktaraf untuk memberikan gaya yang lebih mewah.

Enjin pula nampaknya datang dengan dua jenis, 1.0L dan 1.25L tiga silinder 65hp dan 85hp yang digabungkan dengan transmisi automatik dan lima kelajuan manual.

kia-picanto-008 kia-picanto-010

Sumber: Autoexpress