Michelin Pilot Sport 4 responsif seperti anda

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Michelin kini menawarkan tayar berinovasi MICHELIN Pilot Sport 4. Tayar yang dikatakan pencetus perubahan ini mengukuhkan lagi rangkaian tayar Pilot Sport sedia ada Michelin. Sejak 1997, rangkaian Michelin Pilot Sport menawarkan tayar berprestasi tinggi dan merupakan penanda aras bagi tayar prestasi jalan raya. Dan apakah cara yang terbaik, selain merasai perbezaannya sendiri pada kereta yang sama, cara pemanduan yang sama dan di dua laluan yang sama, lengkap dengan slalom, trek basah, dan juga hentian kecemasan dari 100kmh. Itulah yang telah ditawarkan Michelin pada sesi ujipandu kereta yang dipasang tayar Michelin PS4 ini, dan satu lagi dengan tayar yang dikeluarkan pesaingnya. Dan perbezaannya amat nyata sekali memihak pada tayar baharu Michelin PS4 ini. img_9389 "MICHELIN Pilot Sport 4 ialah bukti prinsip dari litar ke jalan raya kami, dan merupakan hasil pengetahuan unik yang dibangunkan oleh jurutera kami yang mentakrifkan semula piawaian kategori tersebut,” kata Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Pascal Nouvellon. PS 4 menawarkan lebih banyak manfaat berbanding tayar terdahulunya PS3, melalui inovasi dan teknologi canggih bagi prestasi dan keselamatan bagi pemandu yang mahukan pemanduan yang menyeronokkan. Dalam ujian dalaman yang dilaksanakan pada Ogos 2016 di kemudahan ujian JKN dan JARI Michelin di Jepun oleh pemandu uji profesional, MICHELIN Pilot Sport 4 mengatasi pesaing utama dan telah menjadi tayar prestasi sangat tinggi utama yang menguasai beberapa kriteria ujian penting secara serentak, terutamanya keupayaan brek basah dan kering. img_9353 img_9354 img_9355 MICHELIN Pilot Sport 4 ialah tayar pertama untuk menggunakan teknologi ‘Respons Dinamik’ Michelin yang terdiri daripada tali sawat yang diperkukuh dengan hibrid aramid dan nilin yang membolehkan tayar menahan daya pemusatan dan mengekalkan kestabilan permukaan sentuhan pada kelajuan sangat tinggi. img_9408 img_9407 Reka bentuk bunga baru, yang diilhamkan daripada corak bunga pada tayar perlumbaan Formula E merupakan ciri kedua yang membolehkan tayar menghasilkan prestasi pengendalian kering yang lebih baik ialah . Elastomer dan silika hidrofobik fungsian generasi baru telah ditambah kepada sebatian getah tayar MICHELIN Pilot Sport 4 untuk meningkatkan kecekapan pembrekan dan cengkaman di atas permukaan kering dan basah. Alur memanjang yang dalam boleh mengeluarkan air dengan berkesan daripada permukaan sentuhan. Satu ciri unik tayar MICHELIN Pilot Sport 4 ialah reka bentuk dinding sisinya. Kemasan Sentuhan Premium memberikan ‘rupa baldu’ premium kepada dinding sisi luar. Penampilan unik ini digunakan buat kali pertama dalam tayar Michelin Pilot Sport Cup 2. MICHELIN Pilot Sport 4 baru akan dikeluarkan dalam 23 saiz daripada 16 hingga 19 inci pada harga bermula daripada RM481. [gallery columns="4" ids="18392,18393,18394,18395,18396,18397,18399,18400,18401,18402,18403,18404"]