Kereta Back to the Future sekarang boleh dibeli! 

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Tahun depan, anda boleh hentikan angan-angan nak menjadi Marty McFly kerana kereta DeLorean DMC-12 akan mula dijual. Keluaran model DMC-12 akan disambung semula secara volum rendah di kilang DeLorean Motor Company di Texas, Amerika Syarikat. delorean-dmc-12-06 Tetapi sesiapa yang mahukan DMC-12 ini harus membuat pesanan dari sekarang kerana penghantaran akan bermula dari pertengahan tahun depan. delorean_dmc-12_34 OLYMPUS DIGITAL CAMERA Pembeli yang berminat terlebih dahulu harus mengisi borang pra-pesanan, yang tidak memerlukan apa-apa deposit kerana spesifikasi dan opsyen belum lagi diumumkan. delorean_dmc-12_5 Dan sesiapa yang sudahpun memiliki DMC-12 yang lama akan mendapat keutamaan. Ini ialah berita terbaharu tentang kemunculan semula kereta DeLorean sejak tahun 1982, tahun ia dipasarkan. Back to the Future DeLorean Time Machine delorean_dmc_12_back_to_the_future_01 Keluaran volum rendah bermakna hanya satu kereta akan dikeluarkan pada setiap bulan. Akan tetapi, syarikat DeLorean akan menambah jumlah keluaran mengikut permintaan. dsc06078 18372_1_other_cars_back_to_the_future_delorean_dmc12 Pada masa sekarang, syarikat itu masih menyimpan alat ganti asal model DMC-12, cukup untuk menghasilkan 300 buah kenderaan. Harganya dianggarkan berada dalam lingkungan RM360,000 jika dikira pada kadar tukaran matawang dunia hari ini.