Hyundai tampil kereta gilanya di pameran SEMA

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Pameran kereta SEMA di Las Vegas akan menampilkan tiga model Hyundai istimewa, iaitu Rockstar Santa Fe Concept, Gurnade Veloster Concept, the Road Racer Elantra Concept dan “Santa-Fast” SUV dengan kuasa kuda 1,040PS. Ketiga-tiga kereta ini dibuat khas untuk pameran khusus untuk kenderaan-kenderaan diubahsuai ini. Hyundai Motor America telah bergabung dengan Rockstar Performance Garage, Gurnade Inc., ARK Performance and Bisimoto, iaitu syarikat-syarikat pengubahsuaian kenderaan. Rockstar Santa Fe Concept Dibuat oleh Hyundai Motor America dan Rockstar Performance Garage, Rockstar Santa Fe dijana oleh enjin 3.3-liter V6, tetapi diserta dengan tangki nitrogen untuk tambahan kuasa pecutan. Berpacuan empat roda, ia menjanjikan kuasa tak terhingga apabila melalui jalan berliku dan off-road. 46187_hyundai_teams_with_rockstar_performance_garage_to_create_nitrous_b Gurnade Veloster Concept Sentiasa bersedia untuk berlumba, Gurnade Veloster ini berupa lebih ganas dari Veloster biasa, dengan ruang roda yng lebih lebar, tambahan splitter depan, kepak canard lumba, rim tempaan 3 ceraian ringan dan spoiler belakang berekabentuk unik. 46210_hyundai_and_gurnade_inc_link_up_to_create_race_ready_veloster_conc ARK Road Racer Elantra Concept Bermula dengan bentuk Elantra biasa, ARK Performance telah mewujudkan persona alternatif dengan ruang roda yang lebih lebar, rim tempaan lumba yang berupa unik, serta rupa depan dan belakang yang bersepadu dan agresif. HYUNDAI AND ARK PERFORMANCE COMBINE TALENTS TO DEVELOP ROAD RACER ELANTRA CONCEPT FOR 2016 SEMA SHOW “Santa-Fast”: Santa Fe berkuasa kuda 1040PS Bisimoto telah bergabung dengan Hyundai untuk menghasilkan kereta konsep “Santa-Fast” Bisimoto, berpacuan roda belakang dan berkuasa 1040PS. Ia boleh menggunakan bahan api “flex-fuel” dan berkuasa turbo, menggunakan enjin 3.8-liter V6. HYUNDAI JOINS FORCES WITH BISIMOTO TO DEVELOP “SANTA-FAST” 1,040 HORSEPOWER REAR-DRIVE SANTA FE SUV FOR 2016 SEMA SHOW