Vespa: lebih dari sekadar tunggangan

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Pengedar rasmi skuter Vespa di Malaysia, Naza Premira Sdn Bhd dengan bangganya mengumumkan kedatangan Vespa Sprint Adventure, yang merupakan penyesuaian Vespa Sprint 150cc ABS dalam edisi terhad, yang direka khusus untuk mereka yang sukakan cabaran yang unik. Dilengkapi dengan butiran hitam legap dan aksesori kembara, ia dihasilkan dalam dua warna terhad: iaitu hijau Green Matt dan perang muda Desert Sand, warna  yang membangkitkan rasa pengembaraan, keghairahan dan kegembiraan yang dijanjikan Vespa bagi peminatnya.   Naza Premira juga mengumumkan kembara Vespa Sprint Adventure Tour of Asia Tenggara, sesuai dengan jenama Vespa yang sinonim dengan pengembaraan dan konsep pelancongan. Salah satu contoh legenda adalah Encik Giorgio Bettinelli yang telah membuat perjalanan dari Rom ke Saigon, Alaska ke Patagonia, Melbourne ke Cape Town dan Cili ke Tasmania. Pada tahun 2006, Giorgio bertolak dalam perjalanan terakhir beliau dengan Vespa  GT di sekitar China yang menjangkau 18 bulan dan meliputi 39,000 km. Peminat Vespa seperti beliau menjadi inspirasi kepada ramai, yang mempunyai kegemaran untuk perjalanan tidak dapat dilupakan. Armada ikonik Vespa dalam kembara  Vespa Sprint Adventure Tour of Asia Tenggara ini akan ditunggang oleh wartawan, individu berpengaruh, selebriti, jurugambar dan peminat pengembaraan Vespa, dan akan menunggang di seluruh Asia Tenggara dalam satu perjalanan dari Vietnam ke Singapura, menerokai tempat yang unik di sepanjang perjalanan, dan akan berkongsi  mesej kebebasan secara meluas ke seluruh perjalanan yang mengagumkan ini, dan menghubungkan pencinta Vespa di mana sahaja melalui kuasa media sosial.