Kemeriahan pra-perlumbaan MotoGP Sepang berterusan

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Promoter dan penganjur Grand Prix Motosikal Shell Malaysia 2016 tidak lekang dari meneruskan promosi awam dan kempen kemeriahan dan keseronokan pra-perlumbaan, walaupun acara itu dijangka menjadi acara 'pecah panggung'. [caption id="attachment_18346" align="alignnone" width="1024"]?????????????? ??????????????[/caption] Meskipun dua daripada tiga mahkota dunia musi 2016 telah dipastikan, ia akan memberi kesan minimum ke atas keghaitahan peminat dalam acara yang akan diadakan dari 28 hingga 30 Oktober di persada sukan bermotor Malaysia hanya seminggu selepas MotoGP Australia  di Phillip Island hujung minggu ini. Bagi peminat tempatan, tarikan yang paling kuat adalah penyertaan tiga wira tempatan iaitu Hafizh Syahrin Abdullah dalam Moto2 dan Khairul Idham Pawi serta pelumba SIC Racing Team Adam Norrodin dalam Moto3 pada perlumbaan laman sendiri mereka di Sepang kelak. Peminat pasti boleh menjangkakan aktiviti luar trek yang telah disusun untuk orang ramai.  Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai barangan eksklusif, diskaun dan tawaran yang mungkin hanya terdapat di Karnival Mega MotoGP yang lebih besar dan lebih baik tahun ini. [caption id="attachment_18348" align="alignnone" width="1024"]SONY DSC SONY DSC[/caption]