Video Pemanduan Lasak Ken Block Terbaharu

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
[embed]https://youtu.be/_bkX5VkZg8U[/embed] Pemandu aksi lasak sukan rallycross terkenal, Ken Block, telah kembali dengan video pemanduan lasak ‘Gymkhana’ nya yang terbaharu. Ini ialah keluaran videonya yang ke-9, atau yang dinamakan Gymkhana Nine: Raw Industrial Playground hasil pasukan lumba Ken, Hoonigan Racing Division. Video ini menampilkan Ford Focus RX terbaharu yang dipakai oleh Ken bagi perlumbaan Kejuaraan Rallycross dunia. Kata Ken, video terbaharu ini berpunca dari mainan video Forza Horizon 3 dan bertujuan untuk menunjukkan kebolehan pengendalian luarbiasa Ford Fokus RX terbaharu. “Saya mahu membawa Nine kembali pada waktu awal video Gymkhana saya, lebih lagi dengan kehadiran model baharu Ford Focus RX. Kami mahu ia menjadi tumpuan utama video ini kerana versi terbaharu ini mempunyai kuasa yang mudah dikendali dan dikawal. Kami juga berkerjasama dengan pembuat mainan video Forza Horizon 3, Microsoft, yang membolehkan kami memaparkan cara pengendalian yang diinspirasikan oleh mainan video itu tersendiri,” jelas Ken. Pengambaran video ini telah dibuat di New York, di kawasan perindustrian yang terbiar, mengingatkan kita kembali pada suasana yang biasa dilihat pada video-video Ken yang awal. 16hrd_livery_front-1 16hrd_livery_r34-1 Dua aksi yang ditunjukkan dalam video ini sebenarnya mendapat ilham dari mainan video Forza. Pertama ialah aksi helikopter mengantung Ford Raptor dilangit diserta oleh pengendalian ‘donut’ Ken yang mengelilinginya sehingga berada luar kawalan, juga dimana Ken membuat lompatan gerakan sisi dihadapaan keretapi bergerak. Kereta Ford Fokus RX Ken ini merupakan kereta lumba yang unik, mempunyai bentuk badan yang lebih lebar dari biasa, juga mempunyai plet perlindungan bawah kereta, suspensi khas, brek yang besar dan dijana oleh versi EcoBoost yang berkadar 600 kuasa kuda serta tork sebanyak 895Nm!. Jangan tiru gaya pemanduan dalam video ini. Melainkan jika anda bermain Forza Horizon 3.