Ride Wira Merdeka JVOG

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kali ini kita kongsi cerita kiriman Johor Versys Owners Group, yang telah menganjurkan JVOG RIDE WIRA MERDEKA pada 16 Sept 2016 bersempena Hari Malaysia. Ride ini bertujuan untuk menyampaikan sedikit sumbangan daripada ahli2 dan juga CSR daripada penyumbang kali ini iaitu ECONSAVE yang disalurkan kepada dua bekas anggota polis yang telah bertempur dengan pihak komunis. Para peserta konvoi juga dapat mendengar secara langsung cerita-cerita detik pertempuran yang telah dilalui sepanjang berkhidmat dengan pasukan Polis / VAT69. 14311332_10210551279237775_3424275663839169795_o RIde ini turut dimeriahkan lagi apabila disertai oleh VOG dari wilayah tengah (VOG Bangi Sentral, VOG KL & VOG Selangor). Terima kasih atas kesudian VOG's untuk turut serta untuk program kami. (JVOG memohon maaf jika ada kesilapan atau kekurangan dalam acara yang kami anjurkan ini) 14352220_10210551334599159_3993959828105281399_o Konvoi tersebut telah menuju ke Bukit Kepong untuk menikmati panorama menarik dan juga menyelami kisah silam sejarah hitam balai polis yang telah diserang dengan komunis tersebut. Setelah itu mereka pula menikmati juadah tengahari iaitu Pais Patin dan sebelum pulang, kami bergambar beramai-ramai di kawasan sawah bendang yang berlatar belakangkan Gunung Ledang. Diharap bikers sekalian dapat menyertai program anjuran JVOG yang akan mereka rancangkan dimasa akan datang. InsyaAllah. JVOG: WE RIDE WE CARE. Ikuti perkembangan mereka di FB JVOG [gallery columns="4" ids="16637,16638,16639,16640,16641,16642,16643,16644,16645,16646,16647,16648,16649,16650,16651,16652,16653,16654,16655,16656,16657,16658,16659,16660,16661,16662,16663,16664,16665,16666,16667,16668,16669,16670,16671,16672,16673,16674,16675,16676"]