Apa Yang Menarik Di Acara Rollin Wheelz 2016?

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Biar gambar berbicara dan menceritakan kemeriahan acara tahunan Rollin Wheelz 2016 yang telah berlangsung di Pantai Balok, Kuantan sejak 15hb September 2016 dan akan berakhir pada hari ini dengan acara gotong royong. Rakan kami, saudara Ted Adnan telah bersama peserta-peserta yang mengambil bahagian dan merakamkan aksi-aksi mereka. rollin-wheelz-by-tedadnan-5742 rollin-wheelz-by-tedadnan-5763 rollin-wheelz-by-tedadnan-5801 rollin-wheelz-by-tedadnan-5803 rollin-wheelz-by-tedadnan-5815 rollin-wheelz-by-tedadnan-5860 Careta mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pemenang-pemenang yang terbahagi kepada beberapa kategori:- 1. Kategori Motor "Scooter" Pemenang tempat pertama adalah Encik Aliff Wahidin dari kelab Vesparudin. Tempat kedua ialah Encik M. Salihin dari kelab Vespa.  Encik Salihin juga memenangi kategori "Slow Race". 2. Kategori "Prince of Balok" (bagi motor di bawah kelas 250 cc) Pemenang tempat pertama ialah Encik M. Ariff bin Yusoff yang menggunakan motor KTM Duke 200.  Tempat kedua adalah Encik Ahmad Munir dari kelab AOS Racing Division yang telah menggunakan motor kustom Honda CG 125. 3. Kategori "King of Balok" (bagi motor di atas kelas 250 cc) Encik Mohd Amzi Kamaruddin dari kelab Rachun MC yang menggunakan Yamaha SR400 dinobatkan sebagai pemenang di tempat pertama.  Manakala Encik Mohd Fauzi juga dari kelab Rachun MC telah memenangi tempat kedua. 4. Kategori "Best Dress Bikers" Berpakaian sebagai Pikachu, Encik Azmeer telah memenangi kategori ini.  Beliau juga adalah pemenang bagi kategori Laluan Berhalang. rollin-wheelz-by-tedadnan-5892 rollin-wheelz-by-tedadnan-5931 rollin-wheelz-by-tedadnan-5955 rollin-wheelz-by-tedadnan-5963 rollin-wheelz-by-tedadnan-5974 rollin-wheelz-by-tedadnan-5982 Careta mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur iaitu Banjaros Motorcycle dan penganjur bersama Kelab Sukan Bermotor Soul Bikers (16 Ronin) yang telah menjayakan acara tahunan ini sejak dari tahun 2013. Sokongan dari kerajaan negeri Pahang yang telah menaja kediaman rasmi peserta di Hotel De Rhu Beach Resort juga sangat dihargai. Diharapkan sokongan ini dapat diteruskan untuk tahun akan datang. rollin-wheelz-by-tedadnan-5984 rollin-wheelz-by-tedadnan-5991-1 rollin-wheelz-by-tedadnan-5994 rollin-wheelz-by-tedadnan-5991 rollin-wheelz-by-tedadnan-6006 rollin-wheelz-by-tedadnan-6017 Sehingga kita bertemu kembali di acara Rollin Wheelz 2017.