Konvoi KRISS Modenas Bahagian 2

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Perjalanan hari keenam iaitu pada 3-Mei-2016 merupakan misi ketiga iaitu ke Mae Hong Song. Perjalanan bermula sekitar jam 8.00 pagi menuju ke Memorial Bridge Pai dan anda boleh membeli beberapa cenderahati di bazar jualan orang asli iaitu PangMapha. Setibanya anda di Mae Hong Song Chamber of Commerce, jangan lupa untuk mengambil sijil yang mengesahkan ketibaan anda di sana setelah melalui 1864 selekoh!! p1050761 p1050777 p1050925 p1050927 Hari ketujuh ialah perjalanan menuju ke  iaitu puncak tertinggi di Thailand (8,415 kaki) iaitu Doi Inthanon. Laluan Khun Yuam ke Mae Chaem disajikan dengan pemandangan indah, laluan berbukit dan selekoh. Terdapat beberapa bahagian yang tidak rata dan jalan yang masih dalam pembinaan. p1050942 p1050952 p1050958 p1050971 Misi ke 5 pada hari ke lapan ialah menuju ke  laluan Keretapi Maut (Death Railway atau The Bridge at the River Kwai) di Kanchanaburi.  Selesai melawat Kanchanaburi, mereka tiba di Prachuap KhiriKhan sekitar jam 8.00 malam. Misi ke 6 iaitu menuju Koh Samui, dan perjalanan hari kesembilan ini agak singkat menuju ke terminal feri Seatran, di Donsak untuk menghala ke Koh Samui untuk berehat dan bersantai ke Samui Bike Week 2016. taman-negara-thampathai-thailand p1050983 p1050997 p1050998 p1060051 p1060055 p1060060 Misi terakhir mereka ialah  Koh Samui ke Bukit Kayu Hitam sejauh 370km untuk pulang kerumah masing-masing setelah puas menjelajah Thailand selama 10 hari. Kembara ini telah melalui jarak keseluruhan sekitar 5,038 km yang bermula dan berakhir di Modenas Gurun, Kedah. p1060069 p1060106 p1060110 p1060144 p1060157 p1060175 p1060191 p1060195 p1060198 Prestasi, ketahanan jentera Modenas iaitu Kriss 110, Jaguh 175 dan model terbaru CT115S terbukti bila mereka telah berjaya mengharungi cabaran perjalanan jarak jauh ini, dengan teknologi motosikal/kejuruteraan Modenas yang rata-ratanya diterajui oleh anak tempatan.