Kembara Ride Itik Super Santai

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
perjalanan-ke-mae-sai Hujung bulan April 2016 lepas, sempena menyambut ulangtahun ke-20 motosikal KRISS, satu Kembara Ride Itik Super Santai (KRISS) telah diatur mensasarkan  laluan seribu selekoh di Mae Hong Son, Thailand. Kembara ini melibatkan 3 jenis model motosikal Modenas, iaitu sebuah Kriss 110 keluaran tahun 1996 yang ditunggang Mir Azmir, sebuah Jaguh model tahun 1999 milik Syahrizal dari Kuala Lumpur, dan sebuah model terbaru iaitu Modenas CT115S yang ditunggangi oleh Mohd Hafifi.  Mereka berlepas dari Modenas Gurun, Kedah dalam satu upacara yang dirasmikan Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, En. Amirudin Abdul Kadir pada 28-April-2016. Menuju ke Changlun pada hari pertama untuk urusan dokumentasi dan tukaran wang, perjalanan ke Dannok telah tergendala akibat hujan yang melanda Jitra dan Changlun sekitar lewat petang, pelepasan kastam menghadapi sedikit masalah kerana data motosikal CT115S tiada didalam rujukan sistem kastam Thailand, namun masalah ini telah dapat diselesaikan. Baru kini disedari bahawa Hafifi merupakan orang pertama yang membawa masuk CT115S ke bumi Thailand. Kumpulan ini kemudiannya telah berhenti rehat dan bermalam di Dannok. hentian-rehat-di-route-41-phattalung Perjalanan hari kedua merupakan perjalanan menghala ke Chumpon, dengan hentian rehat di Route 41 Phattalung, seterusnya menyusuri lebuhraya no. 4. dan hanya tiba di Chumpon sekitar jam 7.30 malam setelah melalui sejauh 584km. Hari ketiga pula lebih mencabar iaitu sekitar 870km menuju ke Kamphaeng Phet. Perjalanan terhenti di Nakhon Phatom dan masih berbaki 400 km. Mereka menyusuri Route 321-340-357 dan Asian Highway 1 sebelum tiba di Kamphaeng Phet sekitar jam 11.00 malam. Kelajuan purata kembara Ride Itik ini hanyalah sekitar 80-90 km/h mengikut bacaan GPS. di-gerbang-the-northern-most-of-thailand di-tepi-dataran-kamphaeng-phet dihadapan-masjid-an-nur-mae-sai gerbang-ke-chiang-rai gerbang-ke-laut-andaman batu-tanda-0-km-mae-sai asean-highway-1 modenas-ct115s-yang-sampai-di-sempadan-thailand-mynmar-yang-paling-utara p1050740 p1050727 Selesai sarapan esoknya di kedai 7-E di Kamphaeng Phet, Kembara Ride Itik telah menuju ke Chiang Rai sejauh 483km. Jarak Kamphaeng Phet ke Mae Sai adalah sejauh 585km dan mereka tiba sekitar 7.30 malam.  Jarak perjalanan mereka kini telah pun mencecah lebih 1,800 km daripada sempadan Malaysia-Thai. Hari kelima  merupakan perjalanan dari Mae Sai ke Chiang Mai sejauh 378km, untuk misi ke 2 iaitu menuju ke Golden Triangle Park, tempat yang sememangnya popular di Thailand yang penuh dengan kehijauan/pemandangan semulajadi. taman-negara-thampathai-thailand p1050591 p1050576 Jalan ke Chiang Mai menyusuri laluan 107 yang berbukit-bukau dan selekoh yang mencabar namun mengujakan. Kumpulan ini tiba di Chiang Mai sekitar jam 7.30 malam waktu Thai. Misi seterusnya adalah untuk melalui '1000 corners' atau 'Seribu Selekoh' – antara laluan yang mencabar, penuh dengan pendakian dan selekoh2 yang mengancam! (Editor: mana itiknya...?) -bersambung esok-