Anita lengkapkan perjalanan keliling dunia

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Anita Yusof akhirnya telah berjaya menjadi pengembara motosikal wanita muslim pertama di dunia yang menunggang solo sejauh lebih 65,000km. Beliau selamat tiba di sempadan Malaysia di sini setelah setahun mengembara ke 40 buah negara dan mengelilingi empat benua dengan menunggang sebuahYamaha FZ150i. anita-with-on-hai-swee-md-givi-asia2 GIVI adalah penaja utama pengembaraan ini yang diberi nama ‘Global Dream Ride’ (GDR) 2016. Pengembaraan beliau bermula di Kanada, melintasi Amerika, seterusnya ke selatan Brazil, Columbia, Chile, Argentina dan akhirnya tiba di Ushuaia (bandar paling Selatan di dunia) dimana video nya menjadi viral di kalangan penggemar ‘adventure riding’. Kemudian, motosikalnya diterbangkan ke London dimana beliau meneruskan pengembaraan ke seluruh United Kingdom. Setibanya di Eropah, beliau telah disambut oleh Presiden GIVI sendiri, iaitu Mr. Giuseppi Visenzi di ibu pejabat GIVI di Brescia, Itali. Beliau yang selamat tiba di tanah air pada 16 September 2016, bersempena dengan Hari Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang secara langsung atau tidak langsung menjayakan kembara ‘Global Dream Ride’ ini. arrival2 Ketika ditanya mengenai perancangan untuk pengembaraan akan datang, beliau menjawab, “Berikan sedikit masa arrival3untuk saya berehat, lagipun sudah setahun saya tidak berjumpa dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta”. [caption id="attachment_16541" align="alignnone" width="300"]Anita bersama dua anak lelakinya Anita bersama dua anak lelakinya[/caption]