Kerusi Ajaib Lexus

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Lexus akan mempamerkan konsep kerusi duduk berteknologi tingginya yang dinamakan Kinetic Seat Concept di Pertunjukkan Permotoran Paris nanti. Kerusi ini akan dipertunjukkan berserta kereta konsep UX, IS terbaharu, NX Sport Edition, dan juga kereta coupe baharu, LC. Apa yang istimewa tentang kerusi ini? Selain dari rekabentuk yang luarbiasa, ia menampilkan teknologi tempat duduk kereta yang belum pernah disaksikan. lexus_kinetic_seat_concept_2016_paris_motor_show_001_968d272435cff3292a5544eb7ad9e2036fb393a9Kusyen tempat duduk dan sandar belakang boleh bergerak Bagi manusia, tulang belakang berfungsi untuk menstabilkan kepala. Ia membolehkan tulang pelvis dan dada digerakkan pada araah berbeza, menstabilkan kedudukan kepala jika kita berjogging atau berjalan. Untuk membuat pergerakan yang sama pada kerusi kereta, kusyen dan sandar belakang direka untuk bergerak secara kinetik dengan mengikut berat badan penumpang dan daya tenaga pergerakan semasa kereta bergerak. Ini akan menstabilkan pergerakan kepala penumpang yang disebabkan oleh pergerakan kereta, membolehkan arena penglihatan juga menjadi stabil. Keadaan ini turut mengurangkan beban pada penumpang, dan membaiki tahap keselesaan dan kesenangan pemanduan. Net Kerusi Bercorak Sarang Labah-Labah lexus_kinetic_seat_concept_2016_paris_motor_show_004_4ef360f259000b7b7abccb23154205b41b48c3e2 Sarung bingkai kerusi Kinetic Seat Concept ini dibuat dari net bercorak sarang labah-labah yang disebarkan secara jejarian dari bahagian tengah kerusi. Net ini adalah bahan fleksibel yang mengikut bentuk badan penumpang, menyebarkan beban berat badan penumpang secara rata bagi memberikan tahap keselesaan penumpang yang amat tinggi, lebih lagi ketika berada pada perjalanan yang jauh. Bahagian tengah kerusi berada pada ketinggian bahu, yang memudahkan pergerakan berada pada axis pusingan kerusi. Ini memberikan bahagian kepala sokongan pada tahap tinggi. Kerusi ini juga lebih langsing dan ringan dari kerusi kereta biasa. Sutera Labah-Labah Sintetik Bebenang dibelakang dibuat dari sutera labah-labah sintetik yang mesra alam, dan bukan dari bahan dari bahan sampingan petroleum yang biasa digunakan pada kerusi kereta biasa. Ia memberikan kesan peyerapan hentakan yang lebih baik dari biasa. Adakah kerusi ini akan menjadi kebiasaan bagi semua kereta masa hadapan? lexus_kinetic_seat_concept_2016_paris_motor_show_003_667c404488c26373597e7f5f9c3de7cf28be8897 lexus_kinetic_seat_concept_2016_paris_motor_show_002_398b48c9094c9bcde481389faee5b5a3e7eebbe3