Honda sah keluar X-ADV

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Sah. Honda Motor Eropah dah sahkan pengeluaran moto generasi baru yangdalam  nak dijual 2017 nanti : X-ADV. Berdasarkan konsep mesin City Adventure dipaparkan di EICMA show di Milan pada 2015, X-ADV ni gabungan moto kembara prestasi, tapi praktikal dan selesa untuk pergi balik opis dan berdating hujung minggu. City Adventure Concept Moto ni sengaja dibuat untuk tunggang tegak, untuk penglihatan lagi jauh. Fork depan panjang, maknanya dia boleh naik turun lagi jauh, jadi takda masalah lah kalau nak masuk hutan atau jalan tak turap pun. Cermin hadang angin X-ADV ni pun boleh naik turun sampai 5 tahap. Nak simpan helmet pun senang sebab ada ruang simpanan yang boleh masuk helmet motocross yang ada bumbung tu. X-ADV ni sambungan tradisi lama Honda yang cuba mencipta moto gaya hidup. Yang syoknya X-ADV ni pakai DCT : Dual Clutch Transmission. Skuter!!