Malaysia Autoshow tentu kan mengujakan!

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Masih anda ingat Autoshow ASEAN 2015? Anda terlepas dari menjadi sebahagian dari 85,000 pengunjungnya tahun lepas? Acara utama Malaysia Automotive Institute (MAI) itui tahun ini akan dikenali sebagai Malaysia Autoshow 2016. Hadiri acara itu tahun ini dari 10 hingga 13 Nov 2016 kelak di Pusat Pameran Antarabangsa MINES Convention (MIECC). Malaysia Autoshow 2016 ini dijangka menarik 100,000 pengunjung dari semua lapisan masyarakat ke acara empat hari tersebut yang diadakan dengan keluasan lantai melebihi 100,000 kaki persegi. dato-madani-sahari-and-yamin-vong-during-the-launchMAI sebagai penganjur tunggal tahun ini menjanjikan Malaysia Autoshow sebagai acara yang lebih bermakna dengan mempamerkan trend masa depan dalam industri auto, terutamanya dalam mempertengahkan kenderaan cekap tenaga (EEV) yang turut melibatkan kenderaan berkuasa hibrid dan diesel. Sebagai pengunjung anda juga akan berpeluang untuk menikmati tawaran istimewa yang kan hanya terdapat di pameran ini kelak. Ini termasuklah tawaran eksklusif dan juga diskaun dengan pakej kewangan yang menarik, yang hanya akan ditawarkan selama empat hari tersebut. Hadiah bernilai lebih RM200,000 turut ditawarkan untuk dimenangi pada pameran itu kelak, termasuklah peluang untuk memenangi sebuah kereta Kia (seperti dalam gambar utama) dalam peraduan "Beli Kereta, Menangi Kereta". Mungkin tarikan paling menarik ialah peluang memandu uji kereta pelbagai jenama di arena luar MIECC kelak. Tarikan lain termasuklah aksi pemanduan lasak oleh ratu drift Malaysia Leona Chin, gerai aksesori auto dan gaya hidup, sudut permainan kanak-kanak yang menyeronokkan dan pameran hartanah di tingkat Mezzanine. Tandakan kalendar anda agar tidak terlepas acara menarik ini! press-conference-session