E 250 Avantgarde dan Exclusive Line kini tersedia

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mercedes-Benz telah mengumumkan ketersediaan dua varian model baru, E 250 Avantgarde dan Exclusive Line. E 250 Avantgarde Line mampu dikenal pasti dengan jeriji radiator sport berhias bintang Mercedes yang besar di tengah, yang memberikan penampilan yang lebih dinamik dan sporty. Trim radiator dengan 2 baris dalam matt perak iridium kelihatan jelas berbeza dari spesifikasi hadapan model standard. Kereta ini datang dengan roda aloi ringan 19 inci 5-jejari. E 250 Exclusive Line baru mewakili tafsiran moden mewah, dengan radiator tiga baris dan gril radiator dengan kerangka tiga dimensi dan bintang Mercedes di bonet reka bentuk klasik secara sempurna. Kedua-dua kenderaan mewah ini dilengkapi dengan pencahayaan lampu  LED dipertingkatkan, yang membuka dimensi baru dalam teknologi lampu. Ia juga dilengkapi dengan COMAND infotainment Online, iaitu sistem maklumhibur, navigasi dan sistem komunikasi dengan paparan media 31.2 cm (12.3 inci) resolusi tinggi. Dengan bantuan letak kenderaan Parking Pilot dan kamera 360°, pemandangan sekeliling Parking Pilot dan kamera grafik dibentangkan sepenuhnya dalam HD pada kokpit skrin lebar kenderaan.

Model                                

Enjine / kw/hp

Hargaatas jalan tanpa Insurans termasuk gst

E 200 Avantgarde Line

1991cc / 135kW / 184hp

RM 395,888

E 250 Avantgarde Line

1991cc / 155kW / 211hp

RM 420,888

E 250 Exclusive Line

1991cc / 155kW / 211hp

RM 425,888