S60 T6 kini berstatus EEV, kini lebih murah!

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Wira prestasi Volvo iaitu S60 T6, kini menyertai XC60 dan V40 T5 Drive-E dalam pengurangan harga runcit, terima kasih kepada penyesuaian insentif EEV oleh kerajaan. Volvo S60 T6 yang dilengkapi dengan enjin Drive-E, kini diiktiraf sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV) dan menikmati pengurangan harga runcit seperti yang digariskan di bawah: Model S60 T6 Harga runcit                      RM280,888 dengan insentif EEV        RM238,888 * atas-jalan tanpa insurans, termasuk enam peratus GST Status EEV yang diberikan kepada S60 T6 adalah bukti kebanggaan  rangkaian kuasa teknologi Drive-E baharu Volvo, yang menjanjikan peningkatan prestasi yang tanpa pencemaran sisa bahan api atau pelepasan berbahaya. S60 T6 menyampaikan salah satu tahap prestasi yang terbaik dalam kelasnya dengan pecutan ke-100kmj dalam hanya 5.9 saat. Ini dicapai dengan menggunakan gabungan super dan turbocharger yang menghasilkan kuasa besar, rasa-beraspirasi semulajadi dengan jumlah tinggi tork yang lebih meluas. Enjin T6 yang dilengkapi pada S60 menjana output maksimum 306 hp pada 5600 rpm dan tork maksimum 400 Nm seawal 2,100 hinggalah 4,800 rpm. Semua kuasa ini diuruskan oleh transmisi automatik 8-kelajuan dengan dua gear overdrive yang menjimatkan bahan api apabila dipandu pada kelajuan malar. Harga runcit yang disemak semula ini berkuat kuasa mulai 8 September 2016.