Alfa Romeo terpantas di Nurburgring, bukan Porsche

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Porsche mendakwa bahawa Panamera Turbo baharu merupakan sedan lima pintu yang paling pantas sekitar litar Nurburgring di Jerman. Namun begitu, tidak lama selepas itu Alfa Romeo Giulia Quadrifoglio telah menebus gelaran tersebut. Ketika pelancaran kenderaan pada 2015, jenama Itali itu berkata ia boleh menawan litar yang terkenal dalam hanya 07:39, berdasarkan kiraan maya sektor masa. Namun ternyata, ia sebenarnya lebih cepat lagi daripada yang dijangkakan, dan menguasai litar 'Green Hell' tersebut hanya dalam masa 7 minit dan 32 saat. 2016-alfa-romeo-giulia-quadrifoglio-8 Kereta yang digunakan dalam usaha memecah rekod itu dipasang dengan transmisi automatik lapan kelajuan pilihan, dan bukannya manual enam kelajuan. Di belakang stereng merupakan pakar pelumba Itali Fabio Francia dan sepanjang klip, jelas bahawa dia telah mendesak sedan tersebut sepenuhnya hampir kepada had mutlaknya, mencapai lebih 280 km/j di lurusan panjang trek dan memintas tebing di setiap selekoh. Saksikan videonya di bawah. [embed]https://youtu.be/tafkhhUjGHo[/embed]