Kena saman sebab bayang bayang

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Seorang pemandu Rusia telah disaman kerana bayangan keretanya melebihi garisan pemanduan. Pemandu itu didenda kerana didakwa menyeberangi garis penuh di Moscow Ring Road pada 25 Ogos lalu. Walau bagaimanapun, gambar yang diambil oleh kamera trafik menunjukkan hanya bayangan kereta itu sahaja yang telah melintasi garis. "Kamera itu mahu kita membayar denda walaupun hanya bayang-bayang kereta melanggar peraturan lalu lintas," lelaki itu menulis di laman web drive2.ru. Lelaki itu juga menerbitkan imej jelas "pelanggaran undang undang" itu yang telah diambil oleh kamera trafik. Beliau membuat aduan kepada polis trafik dan mereka berjanji untuk membatalkan denda, sambil menjelaskan bahawa ia adalah hasil daripada kepincangan teknikal. Seorang lagi pemandu lain mempunyai isu yang sama pada masa lalu, apabila dia didenda kerana sorotan cahaya lampu keretanya di jalan raya basah telah melintasi garisan. Oleh itu, berhati hati lah ketika memandu, dan jangan terlalu hampir dengan garisan. Anda mungkin "dikejar bayang bayang anda sendiri...." Sumber: http://www.independent.co.uk