Van Vision Mercedes berkawalan jauh

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Matternet dan Mercedes-Benz telah bekerjasama untuk menguji van penghantaran menggunakan dron dan kereta mewah. Van penghantaran barang yang dikawal dari jauh ini dinamakan Mercedes Vision Van. Ia menampilkan pengurusan ruang cargo yang automatik dan dron yang boleh terbang untuk membuat penghantaran barang. Van ini berkuasa elektrik dan berupaya mengharungi jarak perjalanan sejauh 270km, dan membolehkan pemandu manusia berkongsi kerja penghantaran dengan pengawalan dua dron. [video width="640" height="360" mp4="http://careta.my/wp-content/uploads/2016/09/mb_160907_van_innovation_campus_footage_vision_van_D321343.mp4"][/video] “Dengan Vision Van, kami melampaui kebolehan sesebuah kenderaan,” jelas Volker Mornhinweg, ketua Mercedes-Benz Vans. “Kami sedang berkerjasama dengan Matternet untuk menghasilkan sebuah van penghantaran yang berhubung dan mempunyai ruang cargo automatik, disertai dron-dron penghantaran yang bersepadu.” Van Mercedes ini boleh mengawal dan mengurus pemilihan pesanan, pemuatan pakej-pakej, dan perancangan perjalanan untuk pemandu manusia dan dron. Mercedes-Benz Vision Van  Mercedes-Benz Vision Van Tempat letak barang yang khas memastikan pemuatan boleh dilakukan dengan cermat dan rapi, tidak perlu mencari barang untuk dimuat atau dipunggah. Dron M2 van ini boleh membawa pakej seberat 2kg dan menghantar dalam lingkungan sekitar 9km, walaupun ia boleh terbang sejauh 20km, menurut syarikat Matternet.