Hanergy dijana kuasa Matahari

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
[embed]https://youtu.be/55ekI6jvCig[/embed] Kita jarang mengaitkan negeri China dengan produk berteknologi tinggi. Tetapi Hanergy Holding Group (Hanergy) merupakan sebuah syarikat China yang terlibat dengan pembuatan produk-produk berkuasa solar (matahari) dan juga penjanaan kuasa hydro (air). Menurut majalah Forbes, China Auto News dan Solar Thermal Magazine, Hanergy telah mengumumkan hajat mereka untuk membina empat kereta unik yang dikatakan menggunakan penjanaan kuasa solar penuh di Beijing. 385861 Hanergy ‘Solar R’ ialah nama versi sports manakala ‘Solar O’, ‘Solar L’ dan ‘Solar A’ akan disasarkan untuk penggunaan pengangkutan harian yang lain. Li Hejun, Pengerusi dan CEO syarikat Hanergy, berada pada majlis di Beijing itu dan dia telah memandu kereta konsep itu diatas pentas. Li juga menjelaskan bahawa penggunaan sel solar filem nipis memberikan sebuah kereta yang amat fleksibel dari segi rekabentuk dan juga lebih ringan dari kereta konvensional. Ini membolehkan sel solar seperti ini digunakan untuk aplikasi lain misalnya pada UAV, pakaian dan pengangkutan awam. 1467526387_884 Menurut beliau, kereta Hanergy dijangka akan dijual pada orang ramai pada tahun 2019. Hanergy ialah pemilik syarikat Alta Devices yang berpengkalan di Amerika Syarikat, dibeli pada tahun 2014, menjadikan Hanergy antara syarikat pembuat sel solar filem nipis terbesar didunia. Teknologi yang disertakan pada kereta konsep Hanergy ialah berdasarkan alat AnyLight buatan Alta Devices, yang digunakan pada kereta elektrik sebagai alat yang memanjangkan tempoh jarak perjalanan (range-extender). Kereta Hanergy menyimpan tenaga dalam bentuk bateri lithium-ion dan boleh dicas dimana-mana stesen mengecas. Mungkinkah kereta kuasa solar ini menjadi kenyataan nanti? Kita sama-sama saksikan. wkhthvd4rjgeaaaaaaaaaaaaaaa112