Borneo Safari kembali lagi

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Sabah lebih dikenali sebagai "Negeri Di bawah Bayu" dengan gunung mengagumkan, hutan dan sungai yang meletakkan cabaran kepada kenderaan 4WD dan pemandunya untuk ujian ketahanan mutakhir . Acara tahunan terbesar yang menyaksikan pertandingan kuasa enjin dan kemahiran pemanduan di kawasan berlumpur mungkin merupakan cabaran Borneo Safari. img_7553 img_6285 img_6106 img_5876 img_0712 img_0716 img_0898 img_5859 img_5874 Semangat kesetia-kawanan dan kerja berpasukan, tanpa mengira jenama pengeluar kereta, membantu semua peserta bersama-sama dalam perjumpaan 4WD yang besar ini setiap tahun. Acara ini menarik peserta dari seluruh Sabah, dan Labuan, Brunei serta Indonesia dan juga negara negara lain. Cabaran Antarabangsa Borneo Safari akan kembali lagi mulai 29 Oktober sehingga 6 November 2016 ini buat kali ke-26. Pada tahun lepas, edisi ke-25 acara itu telah menyaksikan penyertaan 320 kenderaan pacuan empat roda dengan 1,198 peserta dari Sabah dan negara-negara lain, termasuk Brunei, Indonesia, Thailand, Jepun, Australia, Ireland dan Perancis. Sambutan sebegitu bukan sahaja membuktikan ia nya satu produk sukan lasak yang baik, tetapi juga satu produk yang yang boleh menjana pendapatan pelancongan yang tinggi. Tahun ini akan menyaksikan peserta melalui dua laluan berasingan, di mana kenderaan terpilih akan melalui perjalanan melalui hutan simpan di Ranau dan Kota Marudu. Borneo Safari 2016 akan menyaksikan konvoi kenderaan menghabiskan lapan hari dalam hutan Sabah yang terkenal dengan cabarannya. img_0709 img_0703 img_0688 img_0686 img_0666 img_0670