Vulcan S ada NOS !!

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kita banyak melihat Kawasaki Vulcan S yang telah dihias atau dikustom sebelum ini. Namun mungkin kita belum pernah melihat sesuatu yang sehebat ini. Malangnya ia  bukan dalam negara. Mungkin juga cuma belum ada yang buat lagi, orang kita juga tak kurang hebatnya dengan modifikasi. Nah, ini mungkin mampu mencetuskan ilham anda Motosikal yang telah diberi nama 'The Underdog' ini telah dicipta untuk Sprint Challenge Essenza di festival Glemseck 101 di Jerman. The Underdog merupakan pelumba pecut nitrus oksida. 030_holzner_glemseck_kawa-jpg-5239758 050_holzner_glemseck_kawa-jpg-5239794 060_holzner_glemseck_kawa-jpg-5239812 Vulcan S merupakan sebuah motosikal yang standard. Oleh itu menjadikannya sebuah motosikal yang mampu bersaing dalam cabaran pecut tentunya memerlukan banyak kerja. Reka bentuk dan kerja casis telah dilakukan oleh Warm Up Motosikal, semasa enjin telah ditala oleh Höly. Enjin 649cc asal menghasilkan 61bhp, tetapi selepas Höly selesai dengan kerja mereka, enjin nitrus oksida baharunya mampu menjana 150bhp. Berat kering juga dikurangkan kepada 185kg, hebat bagi sebuah chopper! Berikut adalah spesifikasi penuh dan foto-foto: Chassis & Design (oleh Warm Up Motorcycles): fork OHLINS depan cakera Galfer depan dan belakang angkup Spiegler bagi  brek depan dan belakang brek dan silinder induk klac Spiegler roda HE dicat dengan warna badan tempat letak kaki LSL Design 3D oleh Dimitri Milonas Tangki bahanapi asal Vulcan bateri lithium-ion Intact sistem ekzos Moto Life Enjin (talaan Höly): aci oleng (crankshaft) diperhalus dan diimbang semula aci sesondol (camshafts) diubahsuai kepala silinder diubahsuai suntikan bahanapi 43mm diubahsuai dari Kawasaki Ninja ZX10-R 2 penyuntik setiap silinder Rod khas Power Commander Mampatan: 13,5: 1 suntikan nitrus oksida pemutar penjana (alternator) diringankan Spesifikasi teknikal: enjin dua silinder empat lejang 649 cc sejukan cecair pemasaan injap DOHC , suntikan bahan api kotak gear enam kelajuan hantaran akhir rantai 150bhp rangka keluli perimeter tayar depan 120/70 ZR 17 belakang 180/55 ZR 17 brek hadapan dwi-cakera, brek cakera belakang berat basah 185 kg kapasiti tangki bahapi 14 liter. [gallery ids="16176,16177,16178,16179,16180,16181,16182,16183,16184,16185,16186,16187,16188,16189,16190,16191,16192,16193,16194,16195,16196,16197,16198,16199,16200,16201,16202,16203,16204,16205"]