Memandu atau menunggang di Thailand? Baca dahulu tips dari Johari ini!

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Sebenarnya ramai juga orang Malaysia yang masuk ke Thailand setiap hari, terutama di hujung minggu. Geng motosikal memang terkenal untuk melakukan ride ke sana, malah ada yang pergi setiap hujung minggu. Mungkin hendak melawat masjid di sana. Apapun, Careta telah mewawancara seorang rakan yang tinggal di Satun. Johari Osman, berusia 48 tahun berasal dari Kuala Lumpur. Beliau kini menetap di Satun bersama isterinya, Karlisa Latisya dan anak mereka Harris Mikael. Bekerja sebagai agen pelancongan sendiri, Johari berkongsi dengan kami 5 Tip Penting Bila Berkelana Di Thailand. 1.Patuhi undang-undang Undang-undang trafik di Thailand lebih kurang sama dengan di Malaysia, seperti mematuhi lampu isyarat, tidak memotong di laluan kecemasan dan mengikuti halaju yang dibenarkan. Perlu juga ingat 90 peratus dari penunggang motosikal di kawasan selatan ini tidak ada lesen dan tidak tahu undang-undang. Oleh itu, pandu atau tunggang dengan perlahan! 2. Jangan mencucuk! Jangan ekori kenderaan Thailand dengan rapat kerana mereka membelok tanpa memberi isyarat. 3. Jaga halaju Jangan memandu atau menunggang dengan laju kerana anda tidak tahu risiko jalanraya di sini. Ramai yang keluar dari simpang tanpa melihat kiri dan kanan atau membuat U-turn dari celah-celah semak. [caption id="attachment_16063" align="aligncenter" width="620"]Kenderaan begini merupakan risiko di jalanraya. Kenderaan begini merupakan risiko di jalanraya.[/caption] 4. Jika berkonvoi, buka lampu hadapan Jika anda berkonvoi, buka lampu hadapan dan jangan membawa terlalu laju. Jika ada kenderaan Thailand mahu mencelah, biarkan kerana kita kena hormati mereka di tanah air mereka sendiri. 5. Pandu di laluan kanan Tip ini bercanggah dengan undang-undang trafik tetapi di wilayah selatan, terutama di kawasan kampung, kenderaan tempatan banyak keluar dari simpang tanpa melihat. Untuk mengelakkan kejadian buruk, pandu di laluan kanan tetapi beri jalan sekiranya ada kenderaan laju dari belakang. [caption id="attachment_16052" align="aligncenter" width="620"]Krabi 2013-26 Jalan di Thailand sentiasa sibuk, terutama di kawasan bandar.[/caption]   Walaupun kita memandu dengan sebaik mungkin, risiko kemalangan tetap wujud. Sekiranya berlaku kemalangan (harap dijauhkan) di Thailand, ini ialah nasihat yang diberikan oleh Johari. Beli insurans lengkap, bukan yang murah! Ramai yang membeli insurans murah bila mahu masuk ke Thailand, dan semuanya tidak tahu apa yang dilindungi.  Insurans dengan harga RM15 ke RM18 untuk seminggu itu sebenarnya hanya sekadar syarat sah untuk melepasi sempadan. Beli insurans tambahan yang melindungi kenderaan anda, kenderaan dan orang yang anda langgar serta insurans PA untuk penumpang dan diri anda kerana kos hospital sangat mahal untuk pelancong asing di Thailand. Gantung kad info diri Jika menunggang atau memandu secara solo, pastikan kita ada kad info yang digantung pada leher atau diletakkan di dalam kenderaan kita. Di sini, Johari berkata anda boleh menulis nombor telefon beliau (HP: +666 2972 8939) untuk dihubungi dalam keadaan kecemasan kerana beliau fasih berbahasa Thai. Johari juga sarankan kepada mereka yang sering menunggang di sana, masuk Faceook kumpulan Adventuring  kerana di sana ramai yang berkongsi info  dan ramai admin FB itu menetap di Thailand. [caption id="attachment_16053" align="aligncenter" width="300"]13441589_1027032280726652_237309263_o Contoh kad info diri[/caption] Hubungi rakan yang boleh berbahasa Siam Sekiranya kemalangan hubungi mereka secepat mungkin dan juga syarikat insurans anda. Buat laporan polis Selalunya pihak polis mahu selesaikan kes dengan segera. Sekiranya bayaran diminta, minta resit. Rasuah memang berleluasa, jadi anda perlu pandai mengawal keadaan supaya tidak menjadi mangsa, walaupun anda di pihak yang benar kerana di sana, orang luar sering dianggap bersalah. [caption id="attachment_16054" align="aligncenter" width="620"]Krabi 2013-34 Di Thailand juga ada banyak kenderaan modifikasi ekstrem. Contohnya, Honda Civic BMW ini.[/caption] Tip-tip lain yang diberikan oleh Johari ini juga menarik perhatian kami dan pastinya akan berguna bila ke sana nanti. Jenis bahan api di Thailand Di sana, petrol disebut benzin, diesel dipanggil solar (kadang-kadang disebut "soha"). Petrol E20 lebih sesuai untuk enjin dengan suntikan bahan api (tetapi baik periksa buku manual kereta anda untuk kepastian) sementara petrol RON91, 95 dan ke atas sesuai untuk semua jenis kenderaan (kecuali jika enjin anda perlukan minyak dengan RON tinggi). [caption id="attachment_16060" align="aligncenter" width="620"]Konvoi motosikal sering melawat Thailand, dan sudah ada yang menconteng arang dengan menipu bengkel-bengkel di Thailand. Konvoi motosikal sering melawat Thailand, dan sudah ada yang menconteng arang dengan menipu bengkel-bengkel di sana.[/caption]   Makanan halal Di wilayah selatan, cari stesen minyak PTT kerana ia ada kedai 7-Eleven dan Amazon Cafe. Cari makanan dengan logo halal di kedai-kedai 7-Eleven. Namun begitu, jangan beli burger atau sosej atau nasi dalam pek kerana definisi halal pada mereka lebih kepada "tiada babi" Ketuhar mikro (microwave oven) yang digunakan dikongsi dengan makanan dengan isi daging babi, oleh itu jangan digunakan. Di kafe Amazon, anda hanya boleh minum kopi dan kek sahaja kerana yang lain tidak halal. Ke Krabi atau Phuket? Jika anda mahu ke sana, gunakan pintu masuk Wang Kelian kerana ia lebih mudah dan tidak perlu beratur panjang. Ikut Wang kelian, ke Wang Prachan, kemudian ke Chalung, Langu, Thungwa, Trang (Pailan) dan anda akan tiba ke Krabi. Ke atas lagi, Phuket. Waktu balik, anda boleh ikut Bukit Kayu Hitam pula. Ini bermakna laluan anda ialah Krabi - Trang - Phatalung, Songkhla (Hatyai) - Sadao dan Dannok. [caption id="attachment_16061" align="aligncenter" width="800"]Cuba cari hentian ini dalam perjalanan dari jalan Padang Besar ke Wang Kelian. Cantik bukan? Cuba cari hentian ini dalam perjalanan dari jalan Padang Besar ke Wang Kelian. Cantik bukan?[/caption] Kekeliruan nama-nama tempat di Thailand Ramai yang keliru dengan nama-nama tempat di Thailand. Di sini ada wilayah (province), daerah dan bandar. Contohnya bandar Hatyai berada di dalam wilayah Songkhla. Bandar Songkhla berada di wilayah Songkhla. Sadao dan Dannok berada di dalam wilayah Songkhla. Trang dan Krabi juga adalah nama-nama wilayah. Tak apa, jangan pening. Orang Thailand tahu ke mana kita mahu pergi kerana destinasi pelancongan sangat popular di sana. [caption id="attachment_16055" align="aligncenter" width="620"]Pantai di pulau-pulau di Thailand sangat menggiurkan Pantai di pulau-pulau di Thailand sangat menggiurkan.[/caption]   Johari banyak menawarkan perkhidmatan pelancongan di wilayah Satun. Anda boleh hubungi Johari untuk menempah bilik di Pak Bara, tiket feri ke Koh Lipe dan pelbagai lagi aktiviti pelancongan di wilayah Satun. Johari juga sedang dalam usaha untuk memperkenalkan kembali Bahasa Malaysia di wilayah selatan Thailand. Wilayah tersebut memang menggunakan Bahasa Malaysia dari awalnya tetapi penggunaan tersebut makin pudar. [caption id="attachment_16056" align="aligncenter" width="300"]Johari Osman, aktivisi Bahasa malaysia yang mmeberikan kelas bahasa percuma di selatan Thailand. Johari Osman, aktivis Bahasa Malaysia yang memberikan kelas bahasa percuma di selatan Thailand.[/caption] Aktivis Bahasa Malaysia ini juga sering membuat kerja amal dengan menyalurkan derma-derma dari rakyat Malaysia kepada penduduk wilayah Satun yang daif. Sekiranya anda ingin menghubungi Johari atau ingin menyumbangkan dana untuk projek-projek kemasyarakatan penduduk Muslim di sana, hubungi beliau di info di bawah.
  • Nama: Johari Osman
  • Nama gelaran: Cikgu Joe Malaysia
  • Nombor telefon: +666 2972 8939
  • Bank: Bangkok Bank
  • Nama pemegang akaun: Wanniya Haura
  • Nombor akaun: 455-0-47542-2
  • Cawangan bank: Langu
  • Email: [email protected]
  • Alamat beliau: Cikgu Malaysia, 183, M5 , T Ban Khuan , A Mueng Satun , 91140, Thailand.
Diharapkan agar pembaca Careta boleh hubungi Johari jika bercadang untuk bercuti di wilayah Satun kerana beliau boleh menguruskan penginapan dan makanan halal untuk ahli konvoi atau keluarga anda. Careta juga berharap agar sesiapa yang mampu memberikan sumbangan untuk tabung bantuan beliau dan juga untuk menyokong aktiviti memperkembangkan Bahasa Malaysia agar kembali bertapak di wilayah selatan Thailand. Ingat, masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang harimau, mengaum. Masuk negara orang, hormati orang di sana dan jaga nama agama dan negara kita. [gallery columns="2" size="medium" ids="16058,16059"]