Model BMW hanya untuk China

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Laman web Autohome dari China baru-baru ini memaparkan sebuah model kereta BMW misteri yang masih tidak diketahui asal-usulnya. Beberapa laman web lain membuat spekulasi bahawa inilah model 1-series yang khas dibuat untuk pelanggan BMW di China.  Malah ramai juga yang menelah bahawa pelancaran model khas untuk China dari BMW ini akan diadakan pada pertunjukkan auto di Guangzhou, bulan November nanti, dan akan mula dipasarkan pada suku pertama tahun 2017. Gambar-gambar dari laman web Autohome ini memang meyakinkan dan tidak mungkin ianya hasil mainan fantasi pengemar kereta.  Ia menunjukkan rekabentuk yang menarik dan kompak, yang seolah-olah mencubit ciri bentuk rupa model BMW yang lain dan berskala lebih kecil, dan bakal berentap dengan model-model sedan kompak dari Audi dan Mercedes. Menurut Autohome, varian yang akan ditawarkan ialah model 118i yang menggunakan enjin 136bhp 1.5-liter turbo 3 silinder, model 120i yang berenjn 192bhp 2.0-liter turbo 4 silinder dan 125i berkuasa 231bhp. BMW CONCEPT SEDAN Saiz model 1-series ini dikatakan adalah lebih pendek dari E36 3-series tapi mempunyai jarak tapak tayar yang lebih luas dari 3-series, untuk menawarkan ruang penumpang yang jauh lebih selesa. BMW CONCEPT SEDAN Rangkaian model 1-series BMW berkongsi seni bina dengan MINI, X1 dan 2-series GT. Ia kemungkinan akan dipasang secara eksklusif bersama Brilliance Auto, pengeluar kereta buatan China, dalam usahasama dengan BMW di Shenyang. BMW-1-Series-Sedan-5 BMW-1-Series-Sedan-4 BMW-1-Series-Sedan-2 BMW-1-Series-Sedan-1