Video Bumbleebee dan Optimus Prime dalam Transformer baru!

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kenderaan-kenderaan yang digunakan dalam filem Transformers The Last Knight muncul dalam set penggambaran di Detroit, Michigan baru-baru ini. Menurut laporan laman web Carscoops, filem Transformers kelima ini penuh dengan kenderaan-kenderaan canggih, contohnya Bumblebee yang akan muncul dalam bentuk Camaro terkini lengkap dengan bodykit dan sayap aerodinamik dari karbon fibre. Ford Mustang untuk watak Barricade juga diberi modifikasi yang ganas, dengan panel badan baru dan spoiler belakang yang mampu memuatkan selimut besar untuk disidai sehingga kering. Menonton video itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan kita tidak sabar menunggu filem terbaru itu nanti.