F4Z dibina untuk seorang pembeli sahaja

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Motosikal MV Agusta Zagato F4Z yang pernah Careta laporkan dahulu (baca laporan awal di pautan ini ) rupa-rupanya sudah ada pembeli. Menurut laporan dari Eropah, MV Agusta hanya membina sebuah sahaja F4Z dan ia adalah untuk seorang pelanggan dari Jepun. Andaian Careta, pembeli dari Jepun bukan calang-calang kerana MV Agusta sanggup untuk tidak membina unit lain sedangkan sudah ada permintaan untuk motosikal canggih tersebut di kalangan pengumpul kenderaan eksotik. Walaupun nama model F4Z mirip pada nama sebuah model dari Yamaha, ia dibina dari platform MV Agusta F4 dengan enjin 4-silinder 1,000 cc yang diberikan "pakaian" baru oleh Zagato. Ia umpama sebuah Modenas Dinamik yang diberi "coverset" baru oleh Kenny dari Kenstomoto. [gallery size="large" ids="16005,16006,16004,16003,16002,16001,16000,15999"]