Triton VGT Mivec - pikap pertama dengan enjin diesel blok aluminium

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Akhirnya Mitsubishi Motors Malaysia membawa masuk Triton dengan enjin 4N15 2.4L DOHC MIVEC 16-injap turbo diesel. Enjin tersebut telah lama dibekalkan kepada trak pikap itu di Thailand tetapi atas sebab-sebab tertentu, Triton generasi terbaru itu dilancarkan dengan enjin VGT lama di Malaysia. Jadi, apa yang menarik dengan Triton Adventure X Mivec ini? Mari kita kaji. [gallery columns="2" size="medium" ids="15983,15968"] Apa itu MIVEC? MIVEC ialah singkatan kepada sistem Mitsubishi Innovative Valve-timing Electronic Control. Dalam erti kata lain, ia menggunakan sistem komputer untuk mengawal bukaan injap di dalam silinder bagi memastikan adunan udara dan minyak masuk tepat pada waktu dan boleh berubah mengikut apa yang diprogramkan. Enjin 4N15 jauh lebih mantap Enjin 4N15 2.4L DOHC MIVEC 16-Injap common rail intercooled turbo diesel ini jauh lebih menjimatkan kerana menggunakan nisbah tekanan (compression ratio) yang rendah (15.5:1). Li_Triton_Sam_InteriorA_03-copy Kuasa MIVEC sebenar Enjin baru ini menghasilkan 181PS dan 430 Nm, lebih baik dari enjin VGT Enjin MIVEC blok aluminium Triton ialah pikap pertama di dunia dengan enjin diesel menggunakan blok aluminium. Menjimatkan dan senyap Enjin MIVEC baru ini 15 peratus lebih jimat dari enjin VGT dan ia juga antara enjin diesel paling senyap di dalam kelasnya. New Sportsbar with Fullbox Triton ini laju! Ia mampu melakukan pecutan 0-100kmsj dalam masa 10.4 saat Radius pusingan paling kecil Jika anda ingin membuat pusingan U, Triton cuma memerlukan kawasan selebar 5.9 m untuk melakukannya. Jika Triton 2WD pula, hanya kawasan selebar 5.7 m. Paling kecil dalam kelasnya! Sistem hibrid LSD berkesan Sistem LSD jenis hibrid ini lebih berkesan dalam memastikan tenaga dihantar ke roda yang memerlukan. Oleh kerana itu, ia memberikan lebih cengkaman di dalam keadaan basah atau ketika memandu di kawasan berlumpur. Pengendalian lebih sporti Oleh kerana enjin MIVEC menggunakan blok aluminium, Triton ini mempunyai imbangan berat yang lebih sempurna. Kerana itu, ia memberikan pengendalian atas jalan yang sangat sporti. Shield Extender for front bumper Spesifikasi dikemas kini Triton kali ini memberi lebih banyak nilai untuk wang anda. Bagi varian Triton VGT Adventure X (enjin Mivec), ia datang dengan "shield extender" untuk bamper depan, bar sports baru dan full box serta rim aloi 17 inci dengan dua tona warna. Triton VGT AT and VGT MT juga diberi spesifikasi baru seperti lampu depan Bi-Xenon automatik sebagai alatan standard dengan lampu LED DRL. Varian VGT MT pula mendapat kotak gear 6-kelajuan baru. Harga kompetitif Mitsubishi Triton Adventure X Mivec ini berharga RM123,860.53, sangat kompetitif berbanding dengan trak premium dari beberapa jenama lain. Di bawah ialah harga lengkap untuk semua varian Triton. Harga Atas Jalan Tanpa insurans Termasuk GST
  • Triton VGT Adventure X 4x4 AT RM125,005
  • Triton VGT Adventure 4x4 AT     RM118,198
  • Triton VGT 4x4 AT                         RM109,456
  • Triton VGT 4x4 MT                        RM102,619
  • Triton 4x4 MT                                 RM88,997
  • Triton Quest 4x2 MT                      RM73,438
Li_Triton_Sam_Front_08-copy Li_Triton_Sam_InteriorB_04-copy