Maju Motor sah juara berpasukan 2016

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Kasma Daniel Kasmayudin berjaya meraih kemenangan keenam pada musim 2016 sekaligus membantu menghadiahkan gelaran juara keseluruhan berpasukan buat PETRONAS Yamaha Maju Motor dalam saingan CP130 pada pusingan ketujuh Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berakhir di Pasir Gudang, Johor, semalam. Malah ini merupakan kali pertama pasukan itu menjuarai kategori perdana tersebut setelah ia dinaiktaraf ke 130cc. Meskipun berbaki tiga pusingan lagi, gandingan pelumba kelahiran Johor berusia 17 tahun itu bersama-sama Ahmad Fazli Sham dan Abd Muhaimin Roslan telah mengumpul 287 mata, iaitu kelebihan 147 mata mengatasi pasukan Motul Zeneos Yamaha YY Pang yang berada di kedudukan kedua yang mengumpul 140 mata manakala pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing ketika ini di kedudukan ketiga dengan 135 mata. Kasma (27) bersaing sengit bersama Norizman Kasma meraikan kemenangan di garisan penamat Pada saingan di Pasir Gudang, permulaan perlahan dan berada di kedudukan keenam pada pusingan pertama tidak menghalang Kasma untuk menguasai litar sepanjang 0.924km dan hanya memerlukan lapan pusingan daripada 10 pusingan keseluruhan untuk mendahului kedudukan sehingga ke garisan penamat. Kasma menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 15'52.532s, 3.553s di hadapan Ahmad Afif Amran (PETRONAS Yamaha CKJ) manakala Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) di kedudukan ketiga dengan 15'57.439s. Hadiah disampaaikan sendiri oleh Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor yang turut bercemar duli untuk menyaksikan acara tersebut.
"Permulaan saya tidak begitu baik dan pada masa sama saya juga sedikit berhati-hati untuk mengelak dari sebarang kesilapan. Malah dengan litar yang agak sempit, berlaku sedikit perlanggaran bersama pelumba lain. Walaupun ketinggalan, saya yakin jentera saya mempunyai kelajuan yang cukup untuk saya mengejar dan memintas meskipun selekoh di sini agak sempit dan tidak banyak ruang untuk memintas. Saya gembira dengan kemenangan ini selain turut berbangga kerana dapat membantu pasukan untuk bergelar juara keseluruhan berpasukan pada musim ini walaupun masih ada baki tiga pusingan perlumbaan lagi," jelas Kasma yang semakin selesa mendahului senarai pelumba keseluruhan dengan 150 mata, 39 mata mengatasi Ahmad Fazli yang berada di kedudukan kedua.
Kemenangan di tempat ketiga membantu Norizman untuk berada di tangga ketiga keseluruhan dengan 68 mata. Sementara itu, pelumba persendirian, Fakhrusy Syakirin Rostam yang membuat kemunculan semula di pentas Cub Prix bermula pusingan kelima di Teluk Intan mencipta kejutan apabila berjaya memenangi perlumbaan kategori CP115. Podium CP115, juara - Fakhusy, kedua Md Akid dan Azroy Kehadiran penyokong di laman sendiri memberi kelebihan buat Fakhrusy untuk menguasai 15 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 13'54.704s diikuti Md Akid Aziz (PETRONAS Yamaha Maju Motor) di kedudukan kedua dengan masa 13'56.820s dan Azroy hakeem Anuar (Givi Honda Yuzy Racing) ketiga dengan masa 14'01.203s.
Gelaran naib juara cukup buat Md Akid untuk naik ke tangga teratas pelumba dengan mengumpul 106 mata manakala Tengku Amirul haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) yang menamatkan perlumbaan di tempat keenam jatuh ke tangga kedua dengan mengumpul 100 mata. Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Yamaha CKJ) di kedudukan ketiga dengan 74 mata.
Dalam perlumbaan kelas Wira, Md Helmi Azman sekali lagi memenangi perlumbaan untuk meraih kemenangan ketiga berturut-turut pada musim ini. Pelumba IUGB AFB Tech Racing itu menamatkan 12 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 11'27.666s. Tempat kedua milik Md Qhuwarismi Md Nasir (Wststar Motorsport) yang dipintas pada saat akhir perlumbaan dengan masa keseluruhan 11'29.343s sambil Md Shafiq Ezzariq (Idemitsu Kozi Yam Honda) ketiga, 11'35.226s. Podium WIRA, dari kiri - Md Qhuwarismi, Helmi dan Shafiq Kemenangan ini membantu Helmi untuk merapatkan jurang pungutan mata keseluruhan kepada 21 mata dengan mengumpul 128 mata manakala Shafiq di tangga teratas dengan 149 mata. TMd Qhuwarismi di kedudukan ketiga dengan 83 mata.Keputusan Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS
CP130
1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 15'52.532s 2. Ahmad Afif Amran (TRG) Yamaha 15'56.085s 3. Norizman Ismail (SGR) Honda 15'57.439s 4. Ahmad Fazli Sham (PRK) 15'57.499s 5. Md Fitri Ashraff Razali (KUL) Yamaha 15'58.009s
Kedudukan keseluruhan:
1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 150 mata 2. Ahmad Fazli Sham (PRK) Yamaha 111 mata 3. Norizman Ismail (SGR) Honda 68 mata 4. Ahmad Afif Amran (TRG) Yamaha 63 mata 5. Ahmad Fazrul Sham (PRK) Yamaha 63 mata
CP115
1. Fakhrusy Syakirin Rostam (JHR) Yamaha 13'54.704s 2. Md Akid Aziz (KUL) Yamaha 13'56.820s 3. Azroy Hakeem Anuar (KUL) Honda 14'01.203s 4. Ahmad Syukran Aizat (TRG) Yamaha  14'01.656s 5. Md Shah Khairil Hisham (JHR) Yamaha 14'01.989s
Kedudukan keseluruhan:
1. Md Akid Aziz (KUL) Yamaha 106 mata 2. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Yamaha 100 mata 3. Ahmad Syukran Aizat (TRG) Yamaha 74 mata 4. Md Harith Farhan Baharin (TRG) Honda 69 mata 5. Md Haziq Md Fairues (SGR) Yamaha 67 mata
WIRA 1. Md Helmi Azman (SGR) Yamaha 11'27.666s 2. Md Qhuwarismi Md Nasir (PNG) Yamaha 11'29.343s 3. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Honda 11'35.226s 4. Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) Yamaha 11'45.681s 5. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Honda 11'47.609s Kedudukan keseluruhan: 1. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Honda 149 mata 2. Md Helmi Azman (SGR) Yamaha 128 mata 3. Md Qhuwarismi Md Nasir (PNG) Yamaha 83 mata 4. Md Amirul Arif Ramlee (JHR) Yamaha 71 mata 5. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Honda 63 mata