Konsep Citroên Cxperience 2016

oleh Careta.my|
Citroen bakal mendedahkan sebuah konsep yang menjadi pratonton teknologi dan rekabentuk pelbagai kereta Citroen yang akan datang - termasuk rupa sedan eksekutif terbaharu C6 nanti - di Pertunjukan Permotoran Paris 2016 yang berlangsung bulan depan. citroen-cxperience-concept Berukuran setinggi 1.37 meter, selebar 2 meter dan sepanjang 4.85 meter, CXPERIENCE adalah sebuah konsep sedan empat pintu yang mempunyai lejang udara depan yang boleh dilaraskan, unjuran depan yang pendek, pintu belakang yang berengsel bahagian belakang, cermin belakang yang cengkung dan roda berukuran 22-inci. citroen-cxperience-concept-2 Ia dijana oleh enjin hibrid petrol-elektrik yang dikatakan boleh menawarkan emisi sifar sejauh 60km  di dalam bandar, disebabkan oleh motor elektrik 80kW yang menjalankan tayar belakang dan dijana oleh bateri kompak 3kWh, yang diletakkan dibawah lantai. Ia mengambil masa antara 2.5 dan 4.5 jam untuk dicaj.  Gabungan dengan enjin 110-150kW empat silinder yang dihubungkan pada kotak gear elektronik automatik lapan kelajuan akan menghasilkan penjanaan kuasa sebanyak 220kW. Rupa dalamannya yang bertemakan warna kuning citrus, adalah juga sebahagian dari perancangan Citroen yang dinamakan Advanced Comfort, menunjukkan kandungan dalaman yang beribarat kokun yang direka untuk keselesaan penumpang. citroen-cxperience-conpt-2 Pastinya yang bakal menjadi bahan perbualan ialah skrin 19-inci segi empat tepat yang dipasang mendatar pada pemuka yang seolah-olah terapung. Ia mempunyai fungsi skrin terbelah yang membolehkan pemandu dan penumpang depan menikmati dua tayangan pada satu skrin. [caption id="attachment_15714" align="alignnone" width="620"]Post-production : Astuce Productions Post-production : Astuce Productions[/caption] Sebuah kamera kini mengambil alih tempat cermin pandang belakang dan menayangkan imej ke skrin kecil digital ditepi panel pintu bahagian dalam. [caption id="attachment_15711" align="alignnone" width="620"]Post-production : Astuce Productions Post-production : Astuce Productions[/caption] Citroen Cxperience akan dipersembahkan pada 29 September di Paris.

Add new comment

Careta Ad