83 peratus pengguna Malaysia mahu kereta jimat bahan api

oleh Careta.my|
Menurut kajian yang dilakukan oleh Ford Malaysia baru-baru ini, 83 peratus rakyat Malaysia memilih penjimatan bahan api sebagai kriteria utama ketika membeli kenderaan baharu. Kaji selidik itu melibatkan 9,500 orang pemandu di serata Asia Pasifik dan untuk Malaysia, 786 orang responden telah terbabit. Alasan penjimatan bahan api diberikan kerana kebanyakan responden berpendapat mereka perlu merendahkan perbelanjaan bulanan. Selain dari itu, alasan untuk menjadi lebih mesra alam dan kebimbangan akan harga minyak yang akan meningkat turut diberikan sebagai alasan penjimatan bahan api lebih penting dari kuasa kuda. Kaji selidik itu seterusnya melaporkan bahawa penjimatan bahan api turut dilakukan di stesen minyak. Contohnya, 55 peratus hanya akan mengisi bahan api jika mereka mendapat mengumpul mata (point), 30 peratus pula menunggu bila harga bahan api turun dan 20 peratus pula akan menggunakan kupon diskaun. Tabiat memandu juga telah bertukar. Lebih dari 47 peratus menyatakan cara pemanduan mereka sekarang lebih mesra alam sementara 36 peratus responden berkata mereka cuba mengurangkan tempoh pemanduan dalam 12 bulan akan datang. Di bawah ialah infografik kajian yang telah dijalankan oleh Ford. [caption id="attachment_15692" align="aligncenter" width="620"]Malaysia_Survey_ReleaseD1 Cuma 17 peratus pembeli Malaysia mahukan kuasa dari kenderaan mereka.[/caption]   [caption id="attachment_15693" align="aligncenter" width="620"]Malaysia_Survey_ReleaseD1 60 peratus berkata harga bahan api di Malaysia terlalu tinggi. Pasti alasan mereka, Malaysia ialah negara penghasil petroleum patut mempunyai harga bahan api lebih rendah.[/caption]   [caption id="attachment_15694" align="aligncenter" width="620"]Malaysia_Survey_ReleaseD1 Satu pertiga menyesal kerana membeli kenderaan yang tidak menjimatkan bahan api.[/caption]   [caption id="attachment_15695" align="aligncenter" width="620"]Malaysia_Survey_ReleaseD1 Separuh dari responden mengisi bahan api bila perlu, dan tidak menunggu bila harga lebih rendah.[/caption]   [caption id="attachment_15700" align="aligncenter" width="620"] Ramai yang mahu menyimpan wang[/caption]   [caption id="attachment_15697" align="aligncenter" width="620"]Malaysia_Survey_ReleaseD1 Ramai yang percaya harga bahan api tidak akan stabil.[/caption]   [caption id="attachment_15698" align="aligncenter" width="620"]Malaysia_Survey_ReleaseD1 Majoriti akan memilih kenderaan yang lebih cekap tenaga.[/caption]   [caption id="attachment_15699" align="aligncenter" width="620"]Malaysia_Survey_ReleaseD1 Dan ramai yang telah mengubah tabiat pemanduan mereka agar lebih efisien.[/caption]

Add new comment

Careta Ad