Honda CB4 dan CBSix50 bakal muncul?

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Topik hangat perbualan dalam industri motosikal baru muncul: Honda telah memfailkan dua paten untuk tujuan pengeluaran Honda CB4 dan CBSix50. Kedua dua model motosikal unik ini sebelumnya dikatakan sebagai 'hanya motosikal konsep' dan telah ditunjukkan pada pelancaran model CB650 semasa. Menurut sumber-sumber di Indonesia, mereka telah melihat fail paten untuk kedua-dua motosikal yang menjadi tajuk utama pada pameran motosikal EICMA tahun lepas. Secara mekanikalnya motosikal ini sebahagian besarnya sama dengan CB650 pada dasarnya. Apa yang kita ini merupakan dua pilihan penggayaan semula jentera pertengahan atau middleweight yang popular itu. Manakala CB4 ini pada dasarnya adalah sebuah CB650 dengan gaya yang lebih radikal dan dari beberapa sudut ia kelihatan serupa dengan Ducati Monster. Pelana yang minimum dan ekzos berkembar digabungkan dengan tangki petrol lebar dan hendal dengan cermin di hujung hendal membuatkannya lebih bergaya. Sumber dari Indonesia mengatakan ini adalah sebahagian daripada imej permohonan paten: CB4-1 CB4-2 CB4-3 CB4-8 CBSix50 pula digayakan tanpa ekzos piggyback dan gaya keseluruhan yang lebih sopan tetapi ia mendapat lengan ayun tunggal sebelah dan lampu dan cermin yang lebih konvensional . Berikut adalah cara motosikal itu dipamerkan pada EICMA lepas. honda-cb4-six50-concepts-eicma-6 Cukup menarik bagi anda....?