Pemenang Lexus Golf Invitational 2016 ke Da Nang

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Pertandingan Lexus Golf Invitational 2016 yang diadakan pada bulan Julai dan Ogos telah menyaksikan kira-kira 200 pemilik Lexus mengambil bahagian dalam acara tahunan itu. Lexus Malaysia akan menghantar empat pemilik Lexus tersebut untuk mengambil bahagian dalam pertandingan golf Piala Lexus serantau 2016 yang akan diadakan di Da Nang, Vietnam. Kejohanan di kawasan utara telah diadakan di Golf Bukit Jawi Resort, Pulau Pinang pada 20 hb Julai 2016 manakala untuk wilayah selatan telah berlangsung di Horizon Hills Golf & Country  Club Nusajaya Johor pada 2 Ogos 2016. Bagi kawasan tengah pula, ia telah diadakan di Tournament Players Club, Kuala Lumpur pada 25 Ogos 2016. Empat pemenang tersebut merupakan Tham Kim Seng (North), Tan Yeow Kwang (South) dan Moh Chee Leong (Central). Tahun ini, Lexus Malaysia juga meraikan naib juara untuk mata stableford bagi wilayah tengah yaitu Chai Khoon Khow. Mereka akan menyertai pemilik Lexus dari negara-negara Asia yang lain di Montgomerie Links Da Nang, Vietnam pada 10 September untuk permainan persahabatan, sebelum ke Kejohanan Piala Lexus yang akan diadakan pada 11 September 016. Montgomerie Links, yang direka oleh Colin Montgomerie, dinilai sebagai salah satu padang golf terbaik di Vietnam. Da Nang adalah bandar ketiga terbesar di Vietnam dan terletak di pantai Laut Timur Vietnam. bandar itu sendiri mempunyai tempat-tempat menarik dan beberapa Tapak Warisan Dunia UNESCO termasuk Imperial City of Hue menjadikannya salah satu destinasi pelancongan yang paling popular tempat di dunia.