Motosikal Lotus C-01 Dilelong RM765,000

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Beberapa hari lalu, motosikal konsep masa hadapan milik Lotus ini telah dilelong dengan harga RM765,000 di Monterey, California. Konsep untuk C-01 telah direka oleh Daniel Simon, seorang pereka perkakas automotif masa hadapan Hollywood, yang terkenal dengan rekaan perkakas filem-filem Hollywood yang menakjubkan seperti Tron Legacy Lightcycle dan kapal udara filem Oblivion. Ia bermula dengan lakaran 3D pada tahun 2013, dan gentian serat menjadi bahan binaan konsep 3D kemudiannya telah digantikan dengan rangka keluli chromoly trellis yang dibina oleh Kalex, yang telah menjayakan projek pembinaan motosikal Lotus ini. Auction-Block-2014-Lotus-C-01-3 Lotus Motorcyles C-01 Lengan ayunnya dibuat dari acuan aluminium, yang berupaya mengendalikan kuasa yang dihasilkan oleh C-01. C-01 dijana oleh enjin 1195cc V-Twin KTM  yang sama seperti pada RC8R. Chassisnya juga unik dan terkini, dengan 320mm brek lumba Brembo, sistem ampaian belakang Ohlins, fork Sachs terbalik, dan fairing atau penutup sisi yang dibina dalam 12 bahagian. Roda 19-inci depan, 17-inci belakang ini dibuat dari gentian fiber oleh syarikat dari Afrika Selatan, BST. Hanya 100 unit C-01 dibina, dan yang dilelong ini merupakan motosikal yang pertama dibina sejak konsep lakaran 3D itu disiarkan.