Perkhidmatan Teksi Robot nuTonomy

oleh Careta.my|
Singapura akan menjadi negara pertama didunia untuk mengenalkan teksi pandu berautonomi pada orang ramai. Teksi berautonomi nuTonomy menggunakan beberapa Renault Zoe dan Mitsubishi 0_MiEV yang telah diubahsuai untuk menawarkan perjalanan yang telah ditetapkan merangkumi 4km. Dengan ini, nuTonomy telah mencatat sejarah mengalahkan Uber dalam memberikan perkhidmatan teksi tanpa pemandu manusia.  Uber pernah dilaporkan akan berkerjasama dengan Volvo untuk tujuan ini (baca laporan kami sebelum ini) Akan tetapi, perkhidmatan nuTonomy pada waktu sekarang hanya dijalankan dikawasan kampus kerana ia masih dalam fasa penyelidikan. Data sedang dikumpul dan eksperimen masih dilakukan untuk menghasilkan perkhidmatan teksi tanpa pemandu diseluruh Singapura seawal 2018, menurut nuTonomy, sebuah syarikat start-up berasal dari Amerika Syarikat yang menghasilkan perisian khas untuk kenderaan ini. “Ujian ini merupakan peluang yang luarbiasa untuk mengumpul maklumat daripada penumpang di suasana dunia sebenar,” kata Karl Iagnemma, ketua pegawai eksekutif nuTonomy. Sebanyak 6 buah kereta teksi ujian nuTonomy akan dipasang atur untuk menawarkan perjalanan sepanjang 4km, kepada pelanggan yang menempah melalui aplikasi telefon pintar syarikat itu. Seorang jurutera nuTonomy akan turut berada didalam kenderaan jika berlaku apa-apa kecemasan. nutonomy-self-driving-taxi-in-singapore-autonomous-vehicle-e1472120186849

Add new comment

Careta Ad