Trak Volvo capai 276kmj

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Volvo “Iron Knight” ialah trak terpantas dunia. Ia boleh mencapai 276kmj, 500 meter dalam 13.71 saat pada kelajuan 131.29km/h dari henti dan 1000 meter dalam 21.29 saat pada kelajuan 169kmj. Iron Knight dijanakan oleh enjin diesel D13 intercooler dingin air berkuasa 4 turbo dengan kotak gear I-Shift Dual Clutch. Ia berupaya menghasilkan kuasa kuda 2400bhp dan tenaga tork 4425Nm. Dengan berat 4572kg, Iron Knight berbadan gentian kaca ini adalah lebih ringan dari Mean Green, sebuah trak pantas Volvo awal dan mempunyai  power-to-weight ratio lebih tinggi dari 0.5bhp/kg, sama kuat dengan Koenigsegg One:1. [embed]https://youtu.be/EIQsQ4FKUqs[/embed] maxresdefault volvo-guns-for-world-speed-record-in-2400-hp-truck-because-it-can_2 Iron Knight dipandu oleh Boije Ovebrink, Juara Lumba Trak Eropah 1994, di lapangan kapalterbang tentera Skellefteå diutara Sweden. Boije telah menghasilkan dua rekod FIA. Acara rekod itu sebenarnya ialah langkah Volvo untuk mempromosikan kotak gear I-Shift Dual Clutchnya. Kotak gear canggih ini berupaya untuk digunakan tanpa kehilangan tenaga tork, berguna apabila menarik beban berat.