Sambutan Civic luar jangkaan Honda Malaysia

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Sejak pelancaran Honda Civic generasi kesepuluh tiga bulan lalu, Honda Malaysia telah menerima lebih dari 6,000 tempahan untuk model tersebut. Tidak memeranjatkan bila Katsuto Hayashi, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia memberitahu bahawa 70 peratus dari tempahan tersebut ialah untuk model 1.5L VTEC Turbo. "Sebanyak 3,600 unit Civic baharu telah diserahkan kepada pemiliknya dan kami sedang bekerja keras untuk memenuhi tempahan yang lain," ujar beliau. Honda Malaysia menerima sebanyak 1,200 tempahan sebulan (purata) dan kebanyakannya ialah untuk model turbo. Honda Malaysia telah melancarkan Civic generasi kesepuluh pada 9 Jun lalu. Tiga varian ditawarkan:
  • RM113,800 untuk 1.8S (atas jalan termasuk insurans)
  • RM127,800 untuk 1.5 Turbocharged (atas jalan termasuk insurans)
  • RM135,800 untuk 1.5 Turbocharged Premium (atas jalan termasuk insurans)
Mr-Katsuto-Hayashi,-MD-&-CEO-of-Honda-Malaysia_1 "Segmen C di Malaysia selalunya dimonopoli oleh kenderaan enjin bukan turbo. Buat kali pertamanya Honda Malaysia memperkenalkan model berenjin turbo di sini dan sambutan yang diterima sangat baik," tambah Hayashi-san. Honda Civic ini dipasang di kilang pemasangan Honda di Pegoh. Antara model lain yang dipasang di Melaka itu ialah Honda Jazz, City, Civic, Accord, CR-V dan H-RV. 14079463_1082280425197791_3104835354290270047_n (1)