Proton Persona raih 5-bintang dalam Asean NCAP

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Model terbaharu Proton, Persona telah mendapat penarafan 5 bintang dari Program Penilaian Kereta Baharu Asean (Asean NCAP).

Persona generasi kedua ini mendapat pengiktirafan 5-bintang dalam ujian perlanggaran Asean NCAP, berdasarkan keputusan Iriz kerana undang-undang NCAP antarabangsa membenarkan varian dari model yang sama berkongsi keputusan yang sama.

Ujian Asean NCAP pada waktu ini juga tidak diperlukan kerana bilangan keluaran Persona belum lagi mencukupi. Walaubagaimanapun, apabila jumlah keluaran Persona telah mencapai jumlah yang sepatutnya, Asean NCAP mungkin akan mejalankan ujian pada model Persona. Selain dari persamaan Persona dengan Iriz dari segi keselamatan pelanggaran, ia juga mempunyai ciri-ciri lain yang sama dengan Iriz, iaitu seperti dua beg udara hadapan, ESC, Sistem Peringatan Tali Pinggang (SBR) untuk kedua-dua penumpang hadapan, dan juga ISOFIX lengkap dengan cangkuk atas untuk sistem penahan tempat duduk kanak-kanak. Dalam kategori Keselamatan Penumpang Dewasa (AOP), Persona meraih 14.07 mata, satu keputusan yang meletakkan Persona di tahap penarafan 5-bintang. Pada kategori penilaian Keselamatan Penumpang Kanak-kanak pula (COP), Persona telah mendapat tahap kepatuhan 82%, meletakkan ia dalam kategori 4-bintang. Menurut Pengerusi Asean NCAP Prof. Dr. Wong Shaw Voon, “Pembeli melihat Proton untuk menghasilkan kereta yang bukan sahaja mempunyai rekabentuk yang segak, tetapi juga dilengkapi dengan ciri keselamatan praktikal serta mempunyai prestasi tinggi dari segi keselamatan ujian pelanggaran." "Dengan kehadiran Proton Persona, pembeli sekarang mempunyai pilihan lebih luas, dari hatchback ke sedan, tanpa menjejaskan apa-apa prestasi keselamatan," tambah beliau. Menurut Setiausaha Am ASEAN NCAP, Khairil Anwar Abu Kassim, “Telah terdapat pembaikan besar dalam tahap keselamatan kereta yang dikeluarkan di Malaysia dan juga secara amnya di serantau Asean sejak tertubuhnya Asean NCAP.' "Kita sekarang boleh melihat dua tahap keselamatan yang disertakan pada kereta keluaran tempatan, contohnya Proton Persona baharu ini. Oleh kerana itu, Asean NCAP ingin mengucapkan syabas kepada Proton kerana menghasilkan kereta bertahap 5-bintang dan juga berterimakasih kepada pengeluar-pengeluar kereta di Malaysia untuk menyeragamkan tahap keselamatan kenderaan sebagai sesuatu yang dihargai oleh pembeli-pembeli.”