Jadual lumba pantai Rollin Wheelz 2016 sudah keluar

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Acara lumba pantai Rollin Wheelz 2016 yang akan berlangsung pada 16 September depan di Pantai Balok, Kuantan semakin hampir. Pihak penganjur telah pun mengeluarkan jadual aktiviti selama empat hari itu di laman web mereka. Di bawah ialah jadual tersebut. Rollin Wheelz schedule Pusingan kelayakan bermula pada hari Khamis untuk kategori Skuter, dan pada Jumaat, pusingan kelayakan untuk kategori di bawah 250cc, di atas 250cc dan kategori terbuka. Nyata bahagian skuter diberikan pengkhususan kerana mungkin lebih ramai yang berminat dalam aktegori tersebut. Kuantan sendiri mempunyai kelab-kelab dan mekanik-mekanik skuter drag yang terkenal, antaranya saudara Azlee Abdullah atau Botak dari Taman Guru, Kuantan. Skuter Suzuki V100 beliau memang popular dahulu di dalam scene drag skuter. Untuk mereka yang mahu mengambil bahagian, sila lawati laman web Rollin Wheelz untuk mengisi borang permohonan. Sekiranya anda mahukan informasi seperti tempahan bilik hotel, tempahan kawasan khemah atau mahu membuka gerai anda, hubungi nombor-nombor di bawah.
  • Pemasaran dan Jualan: Razman Hamid (+6 013 260 3477)
  • Pengurusan acara: Ahmad Azizi (+6 016 232 7343)
  • Pendaftaran dan bantuan teknikal:  Mac Mazrie (+6 012 300 1896)
Untuk anda yang mahu mengambil bahagian di dalam perlumbaan tersebut, Rollin Wheelz ada mengeluarkan garis panduan pakaian keselamatan yang wajib untuk pelumba. Helmet Setiap peserta wajib memakai helmet, open atau full face, lengkap dengan tali keselamatan. [gallery columns="2" size="medium" ids="15162,15163,"]   Cermin mata Cermin mata atau “goggles” (bukan Google search engine internet itu ya) juga adalah wajib sekiranya helmet open face digunakan [gallery columns="2" size="medium" ids="15165,15168"] Boots/Kasut Peserta dimestikan untuk memakai boots atau kasut yang sesuai bagi menjaga keselamatan kaki. Selipar Tat Sing tidak dibenarkan, ataupun selipar Amerika mahal tapi hodoh, Crocs. [gallery columns="2" size="medium" ids="15166,15167"]   Pakaian yang sesuai Penganjur tidak mahu peserta dibakar oleh mentari terik di tepi pantai, oleh itu pakaian yang nipis dari sut perlumbaan dibenarkan. Antaranya ialah overall jeans, baju atau jaket denim. Berlengging tidak dibenarkan kerana ia mungkin menakutkan orang ramai. Rollin Wheelz juga sedang berusaha untuk mencari penaja bagi peserta paling bergaya semasa pertandingan. Jumpa di sana!!!!